Tuan Guru Haji Abdul Hadi Kamil Bin Haji Salleh

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Kamil Bin Haji Salleh dilahirkan pada tahun 1919 di Batu Kurau, Perak. 
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kurau, Perak. Kemudian pada tahun 1934, Tuan Guru dihantar memasuki Madrasah Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke Madrasah Masriyah, Bukit Mertajam.
Diantara gurunya ialah:
1. Tuan Guru Haji Abu Bakar al-Baqir
2. Syeikh Salleh Masri
Selepas selesai menuntut ilmu kira-kira penghujung tahun 30an, beliau telah menjelajah negeri-negeri di Tanah Melayu dan akhirnya ke Singapura. Sepanjang lawatannya, beliau singgah di masjid-masjid menyampaikan dakwahnya.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi menunaikan haji pada tahun 1947 dan beliau berpeluang tinggal disana selama 3 tahun. Disana Tuan Guru Haji Abdul Hadi sempat menuntut ilmu daripada Syeikh Abdul Qadir al-Mandili.
Sekembalinya ke tanah air, beliau berhijrah ke Sabak Bernam lalu mengajar di Madrasah Muhammadiyah, Batu 40.
Diantara jasa dan bakti beliau yang lain ialah :
1. Menjadi guru agama di Terengganu, Pulau Pinang dan Sabak Bernam pada penghujung tahun 1950an.
2. Membuka sebuah kedai buku yang diberi nama Usaha Kita sekitar tahun 1950an di Bazar Melayu, Sabak Bernam.
3. Penulis dan wartawan akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.
4. Imam dan Penolong Pendaftar Nikah kariah Masjid Jamek Pekan Sabak Bernam dalam tahun 70an hingga 80an
Diantara kitab hasil penulisan beliau adalah :
1. Rahsia Sembahyang
2. Rahsia Puasa
3. Pedoman Berpidato
4. Khutbah Nikah Moden
5. Khutbah Jumaat
Beliau meninggal dunia pada 20 April 1985 ketika berusia 66 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batang, Bagan Datoh, Perak.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Kamil Bin Haji Salleh bersama Dato Haji Lope Salleh (Pejuang kemerdekaan)

Sumber – Ustaz Safwan Fathy, waris Dato Haji Lope Salleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *