Peristiwa Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) menikam Sultan Mahmud Shah di Kota Tinggi dalam tahun 1699 sudah lama berlalu.
Namun kesan tempat kejadian itu iaitu batu bekas tapak masjid masih dapat dilihat pada hari ini.
Beberapa ketul batu besar yang tersusun dipercayai batu asas masjid tempat Sultan Mahmud Shah ditikam, terletak di tepi jalan di Kampung Marhum dekat dengan Makam Diraja Kota Tinggi.
Menurut Sejarah Johor karangan Tun Sri Lanang, Sultan Mahmud Shah sedang berada di atas usungan apabila Megat Seri Rama datang menerkam dan menikam perut baginda. Kejadian itu berlaku waktu azan sedang berkumandang di udara.
Kemangkatan Sultan Mahmud Shah tanpa mening- galkan zuriat telah menamatkan keturunan Sultan Melaka di Johor.

Sisa tapak Masjid yang menjadi saksi pembunuhan Sultan Mahmud oleh Megat Seri Rama (Sumber gambar Ghulam Jie M Khan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *