Semasa pemerintahan Uthmaniyyah semua umat Islam tanpa mengira kaum berhak menjadi Imam Masjidil Haram jika dia seorang yang berkelayakan.
Tidak berkecuali terdapat juga orang Melayu ada yang berjaya menjawat jawatan imam masjid terangung tersebut.
Selain menjadi imam ramai juga ulama-ulama Melayu yang menjadi tenaga pengajar mazhab Syafie di Masjidil Haram.
Pada ketika itu Masjidil Haram menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang produktif di mana ramai ulama-ulama di seluruh dunia menjadi pengajar di masjid ini dalam pelbagai mazhab.
Diperkirakan terdapat sekurang-kurangnya lima ulama Melayu yang pernah menjadi Imam Masjidil Haram bagi Mazhab Syafie iaitu :
Sheikh Daud al Fathoni

Syeikh Junaid al Batawi

Syeikh Nawawi al Bantani


Syeikh Ahmad Khatib Al Minangkabau

Syeikh Abdul Hamid Muhammad Ali Qudus

Sebelum pemerintahan Orde baru di bawah keluarga al Saud, Masjidil Haram dipenuhi ulama-ulama daripada pelbagai Mazhab dan setiap Mazhab telah dibahagikan kawasan untuk mereka menyebarkan ilmu agama berdasarkan mazhab masing masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *