Pada 19 November 1974, seramai 1000 penduduk Baling mengadakan demonstrasi atas ketidakpuasan hati kejatuhan harga getah daripada 60 sen sekati kepada 15 sen sekati.
Sekali lagi pada 21 November 1974, di pekan Baling penduduk Baling seramai 13,000 orang menuntut isu yang sama. Berikutan tiada reaksi daripada pihak kerajaan maka demonstrasi pada 1 Disember 1974 diadakan sekali lagi secara besar-besaran disertai seramai 30,000 penduduk untuk mendesak kerajaan menaikkan harga getah.
Kelab Sosialis Universiti Malaya (UM) merupakan sebuah kumpulan yang mengubah corak gerakan mahasiswa di Malaysia dan terkenal dalam menentang Kerajaan. Mereka juga berjaya menghidupkan api keberanian mahasiswa dalam menyuarakan pendapat. Sehubungan itu Kelab Sosialis telah menghantar seorang pelajar, Abu Zer ke Baling untuk mengorek kejadian di Baling. Hasil dapatannya penduduk Baling tersangat miskin dan derita sehingga terpaksa makan ubi gadong.
Kembalinya Abu Zer ke ibukota lantas Kelab Sosialis UM bersama PMUM terus mengatur rancangan demonstrasi besar-besaran diadakan di Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka). Demonstrasi pada 3 Disember 1974 itu diketuai oleh Presiden Persatuan Mahasiswa UM iaitu Kamarazaman Yaakob (abang kepada Ismail Sabri Yaakob) dan Hishamuddin Rais Setiausaha Agung PMUM. Turut serta beberapa persatuan UM termasuk daripada universiti lain seperti UiTM dan UKM.
Kamarazaman mengajak beberapa pemimpin pelajar yang lain untuk turut serta bagi menarik lebih ramai pelajar untuk turut serta di dalam demonstrasi itu. Anwar Ibrahim Presiden Persatuan Bahasa Melayu UM, Ibrahim Ali daripada UiTM, Adi Satria,  Hamzah Kassim, Syed Husin Ali dan Hishamuddin Rais termasuk Yeo Bee Foo pemimpin pelajar bukan Melayu diajak untuk turut sama sebagai pemidato semasa demonstrasi itu.
Sebagai anak kepada ahli politik dan pemimpin UMNO, sudah tentu ini peluang terbaik kepada Anwar seorang pemimpin pelajar yang terkenal dengan kelantangan dalam pidato untuk berkongsi semangat dengan ribuan pelajar untuk berdemonstrasi. Ini juga peluang paling terbaik sebagai pemimpin pelajar untuk tampil menjadi wira menentang kerajaan.
Demonstrasi itu kemudiannya dileraikan oleh FRU dan kesemua pemimpin pelajar ditangkap dan ditahan dibawah akta ISA kecuali Hishamuddin Rais yang berjaya lari hingga ke England.
Terdapat 5 salah faham mengenai Demonstrasi Baling. Pertama ialah seolah-olah pelajar pencetus awal sedangkan pencetus awal adalah penduduk Baling itupun setelah kali ketiga demonstrasi diadakan di Baling. 
Kedua ialah ada yang menyangka ribuan pelajar turun ke Baling yang sebenarnya hanya demonstrasi di Padang Kelab Selangor sahaja. 
Ketiga ramai yang menyangka Anwar adalah dalang dan ketua demonstrasi sebaliknya demonstrasi pelajar itu diketuai oleh Kamarazaman Yaakob yang kemudiannya mengajak Anwar yang baru sahaja pulang dari luar negara untuk turut serta sebagai pemidato dalam demonstrasi itu. Namun Anwar lebih ditampilkan sebagai ketua kerana latar belakang beliau sebagai anak pemimpin UMNO diharapkan dapat membantu sekiranya timbul masalah kemudian.
Keempat demonstrasi itu tidak cukup untuk memberi anggapan sebagai perjuangan untuk penduduk miskin kerana demonstrasi itu beratus kilometer jarak dari Baling. Malah sebahagian besar tidak pernah menjejak kaki ke Baling bagi melihat dan merasai masalah dan kepayahan hidup penduduk Baling terutama petani dan penoreh yang terjejas. Anwar juga diceritakan oleh Ibrahim Ali sedang berada di luar negara.
Kelima, penahanan pemimpin dan aktivis pelajar sebagai tahanan ISA bukan kerana kesalahan memperjuangkan nasib orang miskin sebaliknya terdapat dakwaan hasutan berita palsu mengenai kematian orang miskin Baling yang didapati adalah palsu. Berita palsu mengenai kematian inilah yang menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan yang mendorong kepada demonstrasi pelajar di Kuala Lumpur. Hasutan besar-besaran menentang kerajaan dengan berita palsu adalah kesalahan besar.
Sumber : Abu Fateh
Rujukan
Anwar Tak Pernah Pimpin Demo Baling
Anwar Diajak Kerana Pandai Pidato

1 thought on “Lima (5) salah faham demonstrasi Baling 1974

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *