Pada 20 Ogos 1978, tender kerja penggalian semula lebih kurang 1,385 kubur dan lain-lain kerja di atas tanah perkuburan Kristian Lot 18, Sek. 59 Jalan Venning (sekarang Jalan Perdana, sebelah belakang ibu pejabat KTMB ) telah disiarkan dalam akhbar The Straits Times. 
Ketika era kolonial, ramai kenamaan dan pegawai Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu telah dikebumikan di sini dengan penuh penghormatan rasmi termasuk istiadat ketenteraan. Antara kenamaan Eropah yang pernah dikebumikan di sini ialah mendiang C.E Spooner, Pengurus Besar F.M.S. Railways. 
Kubur-kubur ini telah digali dan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Kristian Jalan Cheras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *