RIYADH – Satu rangkaian ‘laluan pengebumian’ yang berusia 4,500 tahun telah ditemui oleh ahli-ahli arkeologi di Arab Saudi bersama dengan makam-makam purba yang terpelihara dengan baik baru-baru ini.
Penyelidik-penyelidik dari Universiti Australia Barat telah menjalankan penyiasatan yang meluas sepanjang tahun lalu melibatkan tinjauan udara yang dijalankan oleh helikopter, tinjauan tanah dan penggalian serta pemeriksaan imej-imej satelit.
Penemuan itu didedahkan dalam jurnal Holocene untuk edisi bulan Disember tahun lalu.

Menurut penyelidik itu, ‘laluan pengebumian’ yang menjangkau jarak jauh ditemui di daerah Al-‘Ula dan Khaybar, barat laut Arab Saudi.
Seorang penyelidik, Matthew Dalton memberitahu CNN baru-baru ini, penduduk yang tinggal di kawasan tersebut telah mengetahui perkara tersebut sejak sekian lama.
Beliau berkata, dalam beberapa kes, kedudukan makam purba itu sendiri di laluan purba tersebut sangat padat.
Makam itu sendiri kebanyakannya berbentuk loket dan cincin.
Makam cincin melibatkan batu kapur yang dikelilingi oleh dinding sehingga dua meter tinggi manakala makam loket mempunyai bentuk yang cantik.
Menggunakan penaiktarafan radiokarbon, para penyelidik menentukan bahawa kumpulan sampel yang ditemui bertarikh antara 2600 dan 2000 Sebelum Masihi. – Agensi
Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *