Pembentukan Persekutuan Malaysia satu tamparan hebat kepadanya Bung Karno sebagai presiden Republik Kesatuan Indonesia. Tuduhan Persekutuan Malaysia sebagai Neo-Kolonialisme telah membakar jiwa pemuda-pemuda untuk turut marah kepada tetangga serumpun lewat pidato-pidato Bung Karno yang begitu bersemangat.
Kempen ganyang Malaysia dilancarkan untuk menghacurkan sebuah negara baru yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Gerakan subversif dan hasutan dijadikan senjata untuk menghasut massa di Malaysia yang naif menyetujui tindakan Bung Karno itu.
Di Sabak Bernam, para tokoh tempatan menyeru segenap lapis masyarakat termasuk yang berkuturunan Indonesia tanpa mengira suku untuk setia kepada Persekutuan Malaysia.
Berita Harian 8 Mac 1963


Berkaitan :


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *