Presiden Sukarno melancarkan Kempen Ganyang Malaysia sebagai penzahiran kemarahan beliau terhadap Tunku Abdul Rahman yang menjadi watak utama menggerakkan usaha membentuk negara persekutuan Malaysia. Kempen Presiden Sukarno disambut dengan api kemarahan rakyat di Malaysia termasuk kesiap siagaan para pemuda untuk berdepan dengan konfrantasi yang dilancarkan.
Berita Harian 7 November 1963
SUNGAI BESAR, Rabu.- Lebeh dari 2,000 orang ahli UMNO di-dalam ba-hagian Sabak Bernam te-lah mendaftarkan diri da- lam pasokan tentera suka-rela sa-bagai menyahut seruan kerajaan berhu-bong dengan dasar kon-frantasi Indonesia terha-dap negara.
Pendaftaran
Demikian Berita Harian di-nyatakan oleh Inche’ Ka- maruzaman bin Ahmad naib ketua UMNO baha-gian Sabak Bernam yang mengetuai gerakan pen-daftaran tersebut.
Menurut-nya bahawa sa-banyak kira2 2,000 borang pendaftaran telah di-han- tarkan ka-tiap2 chawa-ngan di-sini dan sekarang telah pun habis, ujar beliau.
Sementara itu Inche’ Salleh Basir Pengurusi Persi- dangan Tetap BELIA dae- rah Sabak Bernam telah juga menyatakan soko-ngan-nya atas seruan ke-rajaan untok mendaftar kan diri dalam sa-barang pasokan bagi memperta-hankan negara.
“Sa-bagai sa-buah pertu- bohan yang tidak berbau siasah tidak-lah menjadi keberatan untok memberi sokongan tenaga kami, kira-nya di-perlukan demi menjaga negara,” ujar beliau.
Beliau mengingatkan kapada seluroh ahli2 Persidangan Tetap Belia daerah ini supaya jangan di-penga- rohi oleh anasir jahat yang chuba hendak me- mechah belahkan perpa- duan ra’ayat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *