Kiyai Haji Arba’i Bin Arbi atau lebih mesra dengan panggilan Wak atau Mbah dilahirkan di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor pada tahun 1942.
Pengajiannya bermula di Madrasah Khairiyah al-Wataniyyah, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor yang telah ditubuhkan oleh Tuan Guru Haji Muhammad Fakeh Bin Haji Ibrahim. Di samping itu, Kiyai Haji Arba’i turut menuntut ilmu dari beberapa ulama’ setempat.
Di antara guru-guru-gurunya ialah :
1. Tuan Guru Haji Muhammad Yatim Bin Mahmud – Bekas Qadhi Sungai Besar & Klang
2. Ustaz Haji Ahmad
3. Ustaz Mas’ud
4. Tuan Guru Haji Zakaria Bin Mat Jawa, Sungai Besar
5. Tuan Guru Haji Hamdan Bin Sahir, Parit Enam Sungai Besar
7. Kiyai Haji Kasbin Bin Kasiar
8. Tuan Guru Haji Hussin Bin Azahari, Pasir Panjang
Setelah selesai memuntut ilmu beliau menjadi guru agama yang mengajar masyarakat setempat dan turut membantu Kiyai Abdul Jabar mengajar di Pondok Tuan Guru Haji Abdul Jabar, Parit Air 13, Sungai Besar.
Sumber : Tengku Yusuff