Kewujudan manuskrip bedil ini adalah salah satu bukti kukuh yang menyanggah penulisan sejarah kononnya orang Melayu dahulu berperang hanya menggunakan keris, parang, pedang dan tombak. Jika pengajian sejarah disekolah, pastinya kita semua tahu apa yang diajarkan dan dikhabarkan bahwa kejatuhan kota Melaka dahulu adalah kerana ketinggalan dari segi teknologi senjata. Sedangkan punca kekalahan Kota Melaka ketika itu adalah kerana ramainya pengkhianat dari dalam. 
Sedangkan Kota Melaka ketika itu sudah memiliki meriam, dan ada catatan dari pengkaji luar menyatakan bahawa Meriam Melaka itu setanding dengan meriam dari Jerman. Dalam serangan portugis yang pertama ke atas kota Melaka, Tok nenek moyang kita ketika itu menggunakan meriam dari darat untuk menyerang askar Portugis yang datang dari laut, Walaupun sebahagian mereka berjaya naik ke darat dan menawan jambatan kota melaka tetapi orang Melayu kita berjaya menumpaskan mereka, serangan itu berlangsung dari waktu subuh hingga petang. 
Berbalik kepada manuskrip bedil, Setakat ini para pengkaji sejarah kita telah menjumpai 24 buah manuskrip mengenai bedil, 6 buah ada di Malaysia dan selebihnya beradi di luar negara seperti Singapura dan British. Gambar manuskrip dibawah itu adalah manuskrip yang telah ditulis ataupun disalin semula pada penghujung abad 18-19 Masihi. Didalamnya tercatat berbagai ilmu berkaitan bedil termasuklah doa-doa dan mantera untuk peluru dan membedil.
Manuskrip tersebut membuktikan orang Melayu kita menerapkan ilmu tasawuf dalam senjata dan ilmu Tauhid dalam peperangan yakni Keyakinan kepada Allah secara total. 
Antara isi kandungannya : 
“Adapun yang sebenar-benar makrifat itu ikhtiar , Apabila berdiri sudah demikian, Iaitu berdiri iradat Allah dengan Kudrat Allah, Jangan dicita-cita lagi tembak yang lebih daripada ini. Maka inilah tembak dunia akhirat.”
Dalam manuskrip tersebut lengkap mengajarkan beberapa jenis tembakan seperti Tembakan bidak (Jarak jauh) , Tembakan kilat (Jarak dekat) , Tembakan ustaz (Head Shot) , Tembakan alat (Bahagian badan). Kagum bukan ? Segala ilmu berkaitan bedil terdapat dalam manuskrip tersebut , Yang diantaranya ilmu mengenal peluru, Ilmu ketepatan, Ilmu jarak, Syarat dan Rukun tembakan dan bermacam lagi. 
Kalau penembak biasanya main isi je peluru Lepas tu aim, Tapi Tok Nenek moyang kita ada cara dan petua tersendiri, Sebelum menembak mereka akan ambil 7 peluru dan diletakkan atau dituangkan dalam genggaman tangan, Ini adalah ilmu mengenal peluru mematikan yang dinamakan “peluru tuang” mana-mana peluru yang berada ditapak tangan itu menghadap ketubuh kita, Maka peluru tersebutlah yang digunakan. 
Dan pandai tembak Melayu akan berkata : 
“Jibril nama peluru aku, Mikail nama tembak aku, israfil nama bedil aku, Izrail nama tangan aku, Barang kehendak aku diikut olehmu, Dengan berkat Dato Raja Lela.”

Selepas itu pandai tembak Melayu akan menggigit peluru tersebut, Sambil berkata YaRabbu YaRabbu, Kemudian dicalitkan dengan lidah dengan berkata “Tulang urat jalan engkau hanya jantung tempat engkau, Aku tembakkan bagi Allah padamu, Dengan berkat Lailaha illa Allah Muhammadur Rasulullah.” 
Barulah tembakan dilepaskan….
Jika berhadapan dengan musuh seorang sniper , Mereka akan membaca doa dengan berkat Rasulullah S.A.W , 
“WamahumBidorrinaBihi, Min Ahadin Illa Biiznillah.” Doa ini akan dibaca sebanyak 3 kali, Dengan izin Allah peluru musuh akan melencong. 
Jika mereka berhadapan dengan orang yang kebal, Mereka akan menggunakan peluru emas, perak atau suasa dan dibidik ke jantung musuh dan ditembak dengan satu nafas saja. 

Masih banyak lagi ilmu² orang Melayu kita dahulu, Ilmu Tasawuf memang tidak akan pernah ditinggalkan dalam tiap² ilmu yang mereka laksanakan, Bagi mereka bedil itu hanyalah satu alat yang mencapat matlamat selebihnya adalah kehendak Allah Jua. Begitulah hebatnya Tauhid nenek moyang kita dahulu, Segala yang mereka lakukan dengan niat Lillahi Ta’ala dan penuh keyakinan kepada Tuhan, Jika ilmu yang mereka terapkan dan laksanakan tidak menjadi, Maka mereka tidak mengeluh kerana mereka yakin Itu kehendak Allah Ta’ala. 
Wallahu’alam. 
Al-Fatihah buat semua pejuang Melayu Islam yang telah syahid mempertahankan Agama Allah dan Tanah Air kita. Berkat perjuangan dan pengorbanan mereka islam sampai kepada kita hari ini.
*Gambar dibawah adalah senjata api melayu yang dinamakan “istinggar” Melayu abad 17.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *