Gambar hiasan

Menurut cerita orang-orang lama, nama Sabak Bernam diperoleh daripada satu peristiwa iaitu pada tahun 1880, terdapat seramai enam (6) orang iaitu terdiri daripada bekas pembesar Aceh dan Sumatera yang telah meninggalkan negeri masing-masing dan datang ke Tanah Melayu ini. Mereka berenam yang merupakan golongan pembesar dan bangsawan dikatakan melarikan diri akibat peperangan yang berlaku di negara mereka. 
Mereka telah berpakat mengharungi Selat Melaka dan masuk ke kuala sebuah sungai, yang mana sebelum itu sungai tersebut masih belum ada namanya yang diketahui. Sungai ini kemudiannya dinamakan Sungai Bernam mengambil sempena jumlah enam (6) orang ketua yang menyertai pelayaran tersebut.
Mereka kemudiannya telah mudik ke hulu sungai tersebut. Dalam perjalanan untuk bermalam, mereka telah berjumpa dengan satu tempat yang sedikit tinggi seperti busut, maka di situlah mereka membuat pondok untuk berteduh. Untuk memasak makanan, mereka telah menebuk tanah untuk dijadikan sebagai tungku dapur Maka dapur daripada tanah itulah dipanggil sebagai ‘Sabak mengikut bahasa mereka.
Oleh yang demikian, mengambil sempena peristiwa memasak makanan dengan dapur yang diperbuat daripada tanah itu, maka kawasan itu diberi nama ‘Sabak’ dan kerana mereka pula ada berenam orang, sungai yang menjadi laluan tersebut dinamakan Sungai Bernam’ dan tempat mereka tinggal pula dinamakan ‘Sabak Bernam. Menurut cerita lagi, mereka yang berenam itu terdiri daripada :
Tuan Syed Ahmad
Tuan Sharifah Intan/Mastura
Tuan Sharifah Robiah;
Tuan Haji Salim;
Datuk Dalang.
Datuk Menteri.
Sumber : Koleksi Cerita Rakyat Sabak Bernam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *