Sungai Bernam

Mengikut apa yang telah dapat dikumpulkan daripada orang-orang tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan ‘Sahabat Berenam. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa seramai enam (6) orang yang bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Sungguhpun kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan, namun terdapat sedikit sebanyak bukti yang berkaitan dengan Sahabat Berenam ini iaitu kubur-kubur mereka dikatakan masih boleh dijumpai hingga hari ini, iaitu di kawasan yang dikenali sebagai keramat-keramat berikut:

(i) Keramat Pantai Landu;
(ii) Keramat Kemboja; 
(iii) Keramat Lubuk Pusing:
(iv) Keramat Sepong,
(v) Keramat Keranji; dan 
(vi) Keramat Teluk Rubiah.
Kesemua mereka dipercayai meninggal dunia di tempat yang berbeza dalam Daerah Sabak Bernam. Ada pendapat mengatakan, setiap seorang daripada mereka di Ulu Bernam, Pantai Landu, Seberang Kota, Sungai Lang atau Tanjung Medan, Keranji dan pantai Kampung Kemboja. Sebab kedatangan mereka pula tidak diketahui. Seorang daripada mereka yang tiba di Keranji, telah dianggap pahlawan oleh penduduk kampung itu kerana membantu penduduk menentang orang-orang Aceh yang datang menyerang Keranji.
Sumber : Koleksi Cerita Rakyat Daerah Sabak Bernam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *