Dalam sebuah acara yang diberi nama Malam Tiga Ramlee yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Dalam persembahan itu ada P. Ramlee, L. Ramlee serta A. Ramlie. 
Penampilan pertama dimulai dari A. Ramlie, beliau membawakan dua buah lagu dan kemudian setelah itu L. Ramlie. Mereka berdua mendapatkan tepukan sepenuh-sepenuhnya di seluruh dewan di Dewan Bahasa dan Pustaka itu. 
Saat juru acara menyebut nama P. Ramlee. Anak-anak muda yang menonton persembahan itu mula menyeru boo… kepada P. Ramlee. 
P. Ramlee tidak langsung mendendangkan lagu. P. Ramlee berkelakar dan penonton pun tertawa melihatnya. Kemudian beliau pun mengatakan akan  membawakan lagu Ai Ai Twist dan lagu lainnya. Penonton disana pun memberi tepukan kepada beliau.
Masa itu nama P. Ramlee mula menurun, para peminat sudah tidak mahu menerima Ia sebagai bintang ataupun penyanyi. Sebab  anak-anak muda  pada ketika itu lebih berminat kepada para penyanyi muda.
Sumber : Kenangan Abadi P. Ramlee, Ramli Ismail

L Ramlie

P Ramlee

A.Ramlie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *