Pada tanggal 10 April 1895, Hugh Clifford yang merupakan Residen British di negeri Pahang pada waktu itu telah sampai ke Kuala Terengganu dengan diiringi satu angkatan tentera yang lengkap bersenjata.
Tak lain tak bukan, mereka bertujuan untuk memburu dan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang yang berundur ke Hulu Terengganu selepas menentang pihak British yang biadap masuk campur dalam urusan pentadbiran di negeri Pahang.
Antara pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang yang dimaksudkan itu adalah Datuk Bahaman, Tok Gajah (Imam Rasu), Mat Kilau, Mat Lela, Awang Nong dan Teh Ibrahim.
Angkatan tentera Hugh Clifford secara keseluruhannya terdiri daripada 252 orang tentera dan yang memyedihkan dimana 190 orang daripadanya adalah orang-orang yang berbangsa Melayu sendiri.
Hugh Clifford, Residen British Pahang telah lalukan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dari penduduk di Terengganu dan Kelantan berkenaan dengan pergerakan pahlawan Melayu dari negeri Pahang tersebut.
Beliau juga mengeluarkan wang untuk membeli maklumat daripada orang ramai, namun segala usaha beliau semuanya menemui jalan buntu, gagal dan tidak mendatangkan sebarang hasil.
Sehinggakan sampai ke satu tahap, Hugh Clifford kerah penduduk setempat untuk melakukan sumpah dengan Al-Quran di atas kepala untuk mendapatkan keterang
an dan maklumat yang diperlukan olehnya.
Taktik peperangan seakan sepit udang yang mengepung laluan untuk pergerakan oleh Hugh Clifford juga telah dilakukan dengan bertujuan untuk menyekat bekalan makanan lantas secara tidak langsung mengharapkan pahlawan Melayu negeri Pahang ini akan keluar dan menyerah diri.
Namun semua usaha Hugh Clifford dalam pencarian ini gagal. Hugh Clifford menyatakan bahawa orang-orang Melayu bersatu dalam membantu pergerakan pahlawan Melayu dari negeri Pahang ini.
Ada satu ketika, Hugh Clifford ada mengesyaki bahawa pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang ini sedang bersembunyi di dalam kawasan rumah Engku Saiyid Keramat yang terletak di Kampung Paluh, Kuala Terengganu.
Lantas, Hugh Clifford meminta bantuan daripada Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu dan Engku Saiyid Keramat untuk menangkap mereka yang dianggap sebagai pemberontak itu.
Baginda Sultan Zainal Abidin menolak untuk membantu Hugh Clifford dalam menangkap pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang ini kerana tidak mahu turut serta dalam membinasakan orang-orang yang sebangsa dan seagamanya sendiri.
Engku Saiyid Keramat kemudian bertemu dengan pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang dan menyuruh mereka berlindung di Besut serta menggalakkan mereka untuk terus berjuang menentang pihak British.
Selepas tiga bulan Hugh Clifford menjalankan operasi untuk menangkap pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang akhirnya gagal dan tidak berjaya sehingga pada tarikh 17 Jun 1985, Gabenor telah mengarahkan Hugh Clifford untuk pulang ke Pahang.
Operasi yang gagal dari tujuan utamanya untuk menangkap pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang yang dianggap sebagai pemberontak itu telah menelan belanja sebanyak $7,393.83.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *