Gambar bertajuk “Elephants fording the river” dan diberi deskripsi “Olifantenkudde in Perak in British Malaya” iaitu kawanan gajah yang sedang menyeberangi sungai di Perak, British Malaya. Ia dirakam oleh G.R. Lambert & Co. pada sekitar tahun 1900. Gambar ini dikatakan mungkin dirakam semasa Sidang Raja-Raja Melayu (Durbar) pertama yang diadakan pada Julai 1897; di mana sebahagian dari peserta Durbar sedang dibawa menuju ke kawasan perkelahan di Menggelunchor.

Sumber: KITLV 106077, Leiden University Libraries.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *