Tuan Guru Haji Mohamed Sanusi bin Mahmood adalah Mufti pertama Singapura  yamg menjawat jawatan tersebut dari tahun 1967 hingga 1972. Beliau salah seorang ulama yang jarang ditemui pada masa itu yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu, Arab dan Inggeris dengan baik.
Beliau berkorban demi ilmu bagu melakar latar belakang pendidikannya yang cemerlang.  Dari tahun 1922 hingga 1931, beliau bersekolah di Victoria Bridge School dan kemudian Raffles Institution.  Pada tahun 1929, kerana keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan Senior Cambridge, dia berjaya melangkau dua gred.
Tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya dalam bahasa Inggeris, beliau pergi mendalami ilmu Islam dan Bahasa Arab daripada datuknya, Mufti Indera Giri, di Safat, Sumatera, dari tahun 1931 hingga 1932.
Sekembalinya ke Singapura, beliau mengambil kelas pengajian secara peribadi daripada Haji Abdul Hamid Lingga, tinggal di rumah beliau di Geylang Serai selama lima bulan.

Pada tahun 1933 beliau mengembara ke Mekah dan belajar di Masjidil Haram dan beberapa ulama terkenal Indonesia dan Turki di rumah mereka.  Pada tahun 1936, selepas tiga tahun di Mekah, pada usia 25 tahun, beliau diterima belajar di Universiti Al-Azhar yang terkenal di Kaherah, Mesir, di mana beliau berjaya memperoleh kedua-dua Al-Ahliyah (B.A) dan Al-‘Alamiyah (  sijil M.A).  Beliau adalah warga Singapura pertama yang memperoleh Al-‘Alamiyah yang berprestij daripada Al-Azhar.
Pada tahun 1942, selepas menghabiskan enam tahun di universiti, beliau memutuskan untuk kekal lebih lama dan belajar di kaki beberapa ulama terkemuka di Mesir.  Maka hanya pada tahun 1946 beliau kembali ke Singapura, setelah tiga tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Mesir.
Dengan rasa dahaga yang tidak terhingga akan ilmu, beliau kembali lagi ke Mekah pada tahun 1949 dan tinggal di sana, bekerja dan belajar.
Pada tahun 1951, beliau kembali ke Kaherah dan bekerja sebagai Penolong Atase Kebudayaan di Kedutaan Indonesia di Kaherah dari tahun 1952 hingga 1954. Dari tahun 1955 hingga 1958, beliau menterjemah banyak buku dari bahasa Arab ke Bahasa Melayu untuk Persidangan Islam di Kaherah.
Dengan latar belakang pendidikan yang luar biasa ini, beliau telah diminta mengisi jawatan penting di beberapa institusi terkemuka.  Beliau dilantik sebagai Qadi di Mahkamah Syariah Singapura bermula tahun 1959 sehingga 1960,  Presiden Mahkamah Syariah dan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian dan Perdamaian (1960-1969);  sebagai Mufti pertama Singapura (1969-1972);  dan seterusnya sebagai Penasihat Agama Jamiyah (1972-1990).  Beliau juga dilantik oleh Jamiyah sebagai penterjemah bagi ketiga-tiga bahasa – Inggeris, Melayu dan Arab.
Mufti Mohamed Sanusi menulis banyak buku, seperti “Kamus Istilah Islamiah Sanusi”, “Taman Mu’minin” dan “Mengenal Islam dan Hubungannya Dengan Sains dan Teknologi”.

Beliau meninggal dunia  pada hari Ahad, 8 Oktober 1995 pada usia 84 tahun, meninggalkan lapan anak, enam lelaki dan dua perempuan.

(Sumber: Sulaiman Jeem, Abdul Ghani Hamid, Aktivis Melayu/Islam di Singapura, Singapura: Persatuan Wartawan Melayu Singapura, 1997 )

Tuan Guru Haji Mohamed Sanusi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *