Istana Diraja Sultan Brunei 

Istana Nurul Iman ialah tempat persemayaman rasmi bagi Sultan Brunei, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang juga merupakan ketua kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. 

Istana Nurul Iman ini juga merupakan tempat persemayam diraja paling besar di dunia. Ia telah sempurna disiapkan pada tahun 1984 dengan menelan kos sekitar USD 1.4 Billion. Selain itu, ia berkeluasan 2,152,782 kaki persegi. Ada 1788 bilik, 257 bilik air dan dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang serta masjid yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 1,500 jemaah. Istana ini juga ada  44 laluan tangga dan 18 lif. 

Selain itu ada 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor Kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang. Istana ini mengambil masa hanya mengambil masa pembinaan dalam waktu dua tahun dan diselesaikan ketika Brunei mencapai kemerdekaan dari British pada 1 Januari 1984.

Bangunan Istana ini direka oleh arkitek dari Filipina, Leandro V. Locsin. Sementara pereka dalamannya berasal dari Britain, Khuan Chew.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *