‘Rumahku, Rakitku’…

Dengan berbekalkan 69 biji tong plastik dan 54 keping papan ‘fascia’, ia mampu mengapungkan sebuah rumah bersaiz 70 kaki per segi setinggi 19 kaki daripada dilanda banjir besar di Kampung Terbak Batu 16, Chukai, Terengganu.
Bekas pembuat alatan tajam, A Bakar Che Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pokwe, 67, berkata hasil sentuhan kreatif seni bina rumah terapung diinspirasikan daripada ‘reban ayam terapung’ yang dibinanya pada tahun 2019. 
Pokwe berkata ini merupakan kali pertama kediaman yang dinamakan ‘Rumahku, Rakitku’ itu berjaya selamatkan beliau sekeluarga sekaligus rumah itu dapat diapungkan sejak ia siap dibina pada 16 Sept lalu. 

 | BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *