Dari data yang dikeluarkan oleh World Atlas dan diperakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, terdapat 195 buah negara didunia ini. Daripada 195 negara tersebut dibawah ini disenaraikan 10 buah negara terbesar didunia pada 2021.
1) RUSIA
Rusia merupakan negara terbesar didunia dengan keluasan mencapai 17,22,200 KM persegi. Besarnya negara Rusia sehingga ia mempunyai 3 waktu dalam masa satu hari. Wilayah Rusia membentang pada 41 darjah sampai 82 darjah utara, lintang utara dan 19 darjah bujur timur sampai 169 darjah bujur barat dan berbatasan dengan 14 negara.
2) KANADA
Kanada merupakan negara kedua terbesar didunia dengan luas kawasan mencapai 9,999,140 KM persegi. Kanada memiliki garis pantai yang panjang daripada negara lain iaitu 202,O80 Kilometer. Negara terluas kedua ini terhitung dari lautan Atlantik dan selat Davis di timur sampai ke lautan Pasifik di barat. Meski berwilayah luas Kanada merupakan salah satu negara dengan kepadatan penduduk terendah didunia.
3) AMERIKA SYARIKAT
Amerika Syarikat mempunyai keluasan 9,826,675 KM persegi. Negara Federal dengan 50 negara bahagian ini adalah tempatnya terletak industri perfileman Hollywood. Amerika Syarikat menjadi salah satu wilayah dengan pertumbuhan paling subur didunia kerana cuacanya yang sederhana sepanjang tahun.
4) CHINA
China dengan keluasan 9,596,961 KM persegi menjadikannya negara keempat terbesar didunia. Merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Timur dengan populasi penduduk paling ramai didunia berjumlah penduduk 1.4 billion orang, iaitu kira-kira 1/5 manusia dibumi. China juga merupakan salah satu negara yang menjadi kuasa besar ekonomi dunia selepas Amerika Syarikat. 
5) BRAZIL
Brazil merupakan negara terbesar di Amerika Selatan dan juga negara kelima terbesar didunia. Merupakan antara negara kuasa bolasepak terkuat didunia dengan melahirkan ramai bintang-bintang, memiliki populasi penduduk lebih 190 juta orang. Keluasan negara Brazil ialah 8,541,877 KM persegi.
6) AUSTRALIA
Australia adalah sebuah negara Hemisfera selatan yang terdiri daripada tanah besar yang merupakan benua yang terkecil didunia. Diberi jolokan sebagai negara Kanggaru keluasan Australia adalah sehingga 7,692,024 KM persegi.
7) INDIA
India merupakan negara ketujuh terbesar didunia dengan keluasan mencapai 3,287,590 KM persegi. India terletak di Asia Selatan dan merangkumi kebanyakan sub benua. India merupakan negara kedua penduduk terpadat didunia dengan jumlah 1.3 Billion orang dan lebih 100 bahasa yang berlainan. Ekonomi India adalah yang ketiga terbesar didunia.
8) ARGENTINA
Argentina merupakan sebuah negara Amerika Latin yang terletak di selatan benua Amerika Selatan dan berada di antara banjaran Andes di barat dan lautan Atlantik di selatan. Argentina mempunyai keluasan mencapai 2,780,400 KM persegi. Negara ini mula dijajah oleh kuasa Sepanyol pada abad ke 16. 
9) KAZAKHSTAN 
Kazakhstan mempunyai keluasan merentasi dataran luas dan tinggi. Negara ini mempunyai pelbagai jenis suhu sepanjang tahun. Penduduk disini mempunyai lebih dari 120 warganegara dan agama majoriti adalah Islam. Negara ini mendapat kemerdekaan pada 16 Disember 1991. Keluasan negara Kazakhstan adalah 1.8 peratus dari keluasan daratan bumi iaitu 2,727,300 KM persegi.
10) ALGERIA
Algeria juga dikenali sebagai Al-Jazair yang mempunyai keluasan 2,381741 KM persegi. Negara ini bergaris pantai sepanjang 998 Kilometer. Diliputi 90 peratus gurun. Beberapa wilayah diantaranya memiliki gurun yang tinggi. 
Inilah senarai 10 buah negara yang terbesar didunia dan yang pasti Malaysia tidak tersenarai dalam katogeri ini kerana Malaysia berada pada kedudukan 68 dunia. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *