Gambar bertajuk ‘Moskee te Indrapoeri’ yang dirakam sekitar tahun 1874. Ianya dirakamkan sejurus pihak Belanda berjaya menawan masjid tersebut dari Kesultanan Aceh semasa Perang Aceh (1873-1913). Dibina pada sekitar 1605 hingga 1636, masjid ini masih berdiri kukuh dan adalah salah satu masjid yang tertua di Aceh. Dikenali sebagai ‘Meuseujid Tuha Indra Puri’ atau Masjid Tua Indrapuri, ia dikatakan dibina di atas tapak candi istana Kerajaan Lamuri (800-1503).
Sumber: Leiden University Libraries, Amsterdam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *