Gua Coudersport yang terletak di Appalachian, Pennysylvania, Amerika Syarikat dianggap sangat luar biasa oleh pemduduk tempatan bahkan para pengkaji kerana mampu membeku ketika cuaca panas.Gua ini didakwa telah wujud sejak sekian lama.
Gua Coudersport ternyata amat unik kerana ia menghasilkan ais pada musim panas tapi akan mencair apabila datang musim sejuk.
Manakala ketika musim panas, ais akan terbentuk dan membeku pada dinding gua seolah-olahnya sedang berada di dalam musim sejuk.
Fenomena luar biasa telah terjadi sekian lama, menimbulkan tanda tanya kepada ramai orang.
Salah satu teori popular yang berlegar, kewujudan ais ketika musim panas disebabkan oleh suhu sejuk yang terperangkap antara celah-celah dinding gua.
Udara sejuk yang terperangkap pada celah dinding akan terkeluar apabila musim panas, menyebabkan pembentukan ais berlaku pada dinding gua walaupun suhu di luar gua sangat panas.
Fenomena luarbiasa ini mula ditemui seorang lelaki bernama John Dodd pada tahun 1984.
Gua Coudersport ditutup kepada orang luar pada tahun 1989 namun diarah untuk dibuka semula oleh pihak berkuasa pada tahun 2014 dan terus menarik perhatian dunia termasuk para saintis.
Gua Coudersport berukuran 10 kaki panjang, 8 kaki lebar dengan kedalaman sehingga 40 kaki.
Para pengunjung hanya dibenarkan melihat pembentukan ais daripada atas gua sahaja.