四点金 (Si Dian Jin) atau lebih dikenali sebagai “four points of gold” merupakan budaya yang diamalkan sejak nenek moyang lagi dan mempunyai maksud tersirat dalam perkahwinan masyarakat Cina. 
Bagi pengantin perempuan, mereka percaya “Si Dian Jin” membawa simbolik bahawa pengantin lelaki akan memberi perlindungan dan menyediakan segala kelengkapan dalam rumah tangga. 
Pengantin lelaki akan beri 4 utas barang kemas kepada pengantin perempuan:
1. Gelang tangan
2. Cincin
3. Rantai leher
4. Sepasang subang
Setiap utas ni mempunyai simbolik tersendiri.
Rantai leher : 
Membawa maksud kebahagiaan dan kehormatan pengantin perempuan sekaligus menandakan restu pasangan tersebut bersatu.
Gelang tangan: 
Bermaksud bersatu dan sentiasa tolong menolong, bersatu hati dan bersama sehingga akhir hayat.
Subang:
Menyambungkan silaturahim bermaksud dua buah keluarga bersatu dan berbesan. Selalunya ibu mertua akan memakaikan subang kepada pengantin perempuan dan berharap agar menantu perempuannya taat dan mahu belajar perkara baru supaya mereka dapat menjalinkan hubungan yang baik antara mertua dan menantu perempuan.
Ingat orang Cina tak ada ke konflik dengan mertua? Haha..ada je tau. Ni tak kira kaum. Rasanya semua kaum hadapi benda ni. 
Cincin:
Maksudnya pengantin sudah sah berkahwin secara rasmi. Ia menandakan menantu perempuan hidup harmoni bersama keluarga mertua, taat kepada keluarga mertua dan bijak menguruskan rumah tangga dan juga bijak mengatur kewangan. 
Emas barang kemas yang digunakan untuk “Si Dian Jin” ni selalunya emas 999. Emas asli 999 melambangkan kemewahan melimpah ruah dan murah rezeki. 
Apabila emas ni dipakai oleh pengantin perempuan, kilauan emas tu menaikkan seri dan menunjukkan kemewahan si pemakai. 
Dengan memilih emas 99.9% juga melambangkan keikhlasan yang tulus dan perkahwinan yang penuh dengan restu kepada pihak pengantin. 
Malah, nilai emas sendiri simbol lebih berharga berbanding nilai duit mahupun matawang.
Emas “Si Dian Jin” juga simbolik bahawa keluarga lelaki sangat mengalu-alukan kedatangan pengantin perempuan ke dalam keluarganya. 
Untuk keluarga mertua pula, pemberian “Si Dian Jin” merupakan air muka dan maruah keluarga lelaki dan membawa maksud yang pengantin perempuan akan dijaga dengan baik oleh pihak lelaki. 
Malu laa nak anak dara orang tapi bagi emas sikit. Nak letak mana air muka orang tua-tua? 
Lagi berat dan banyak emas diberi, ia menunjukkan lagi kayalah keluarga pihak lelaki dan mereka dapat menjamin kehidupan yang baik buat pengantin perempuan. 
Menghadiahi emas “Si Dian Jin” ni juga simbolik yang amat penting kepada pengantin perempuan bahawa lelaki tersebut ikhlas, pemurah dan mampu menafkahinya. 
Jadinya, kalau nak beli emas buat hantaran, selain barang kemas, boleh juga beli emas dalam bentuk goldbar. 
Ada je perempuan tak suka barang kemas. Beli mahal-mahal kemudian simpan je dalam bekas sebab tak selesa pakai. Haha..wife sayalah contohnya. 
Haiya.  
Kalau saya tahu, lebih baik beli goldbar dan simpan saja. Susut nilai pun tak banyak. Ikut kesukaan masing-masinglah. Ada yang suka emas perhiasan. Ada yang suka gold bar. 
Kalau dari sudut investment dan keadaan wife saya yang tak suka barang kemas, gold bar is the best option for us. Haha..
Sumber : Adam Kelvin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *