IOI Mall Puchong dibuka pada tahun 1996. Gambar ini diambil dua bulan sebelum pasaraya ini dibuka. Perancangan awal IOI Mall dibina adalah untuk memudahkan penduduk Puchong yang jumlahnya kecil ketika itu datang membeli-belah. Sayap lama pusat membeli-belah ini asalnya diuruskan oleh The Store kemudian Jusco sebelum ia diambil alih oleh Aeon pada Mac 2012. Perluasan kepada sayap baharu dibuka pada 2009. 

Dua bulan sebelum IOI Puchong dibuka


IOI Mall dibina dengan pengaruh seni bina Sepanyol dan Kolonial. Pada Disember 2017, kerja-kerja pengubahsuaian bermula di pusat beli-belah dimana bahagian terlibat masing-masing dinaik taraf kepada gaya seni bina moden dan semua lekapan lampu utama ditukar kepada lampu LED. Sebahagian daripada pusat beli-belah telah siap sepenuhnya dan dibuka pada penghujung tahun 2018. 
Antara pasaraya ikonik kepada penduduk Puchong sehingga hari ini.

Pengunjung IOI Mall menyeberang jalan ke Bandar Puchong Jaya. Ketika ini Jalan Puchong lengang tidak seperti hari ini.

1 thought on “Dua bulan sebelum IOI Mall Puchong dibuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *