Seorang askar kembali ke Perancis untuk memperingati ulang tahun D-Day. Gambar atas menunjukkan dia pada tahun 1944 menjaga seorang askar Jerman di bandar Audouville! 
Gambar kedua 78 tahun kemudian di tempat yang sama dia melakonkannya kembali.
D-Day ialah operasi pendaratan yang berlaku pada hari Selasa, 6 Jun 1944 semasa penyerbuan pihak Bersekutu terhadap Normandy dalam Operasi Overlord semasa Perang Dunia II. 

Operasi ini merupakan penyerbuan melalui laut terbesar dalam sejarah. Operasi ini menandakan permulaan pembebasan barat laut Eropah daripada penguasaan Jerman dan menyumbang kepada kemenangan Bersekutu di Barisan Barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *