Pekan Sabak

Seluruh penduduk Sabak Bernam amat perlulah mengingati tarikh 1 hb, Julai, 1960 di samping orang- orang yang bertanggungjawab atau memikul beban mengwujudkan daerah ini. Kerjasama yang erat daripada mereka di bawah ini perlu menjadi ingatan yang mendalam dari generasi muda.
YB Tuan Haji Mustafa bin Ab Jabar

YB Encik Taiban bin Hassan

YB Tuan Syed Hashim bin Syed Ajam

Encik Mahmood bin Pawan Teh Pegawai Daerah

Encik Mohd Hariri bin Abu Taif, Penolong Pegawai Daerah

Encik Ab Razak bin Haji Ab Rahman, Pen. Pegawai Daerah

Encik Tan Kay Swee anak Dato’ Tan Boon Chong.

Orang Kaya Sabak Bernam

Encik Dr Ratnasamy
Turut juga namanya perlu dikenang ialah…
Encik Lope Salleh bin Haji Long@Zainal Abidin bagi pihak Persatuan Melayu Sabak Bernam beliaulah juga salah seorang daripada 29 wakil dari tiap- tiap badan gabungan yang telah menurunkan tandatangan bagi mengesahkan piagam UMNO pada 10.30 pagi 11 Mei 1946, di Istana Besar Johor Bharu.
Encik Jaafar bin Ali seorang lagi perlu dikenang jasanya beliau bersama-sama Encik Lope Salleh bin Haji Long@Zainal Abidin adalah yang turut hadir semasa perhimpunan kelahiran UMNO yang diistiharkan di Johor Bharu. Beliau ini tidak sahaja berkorban masa, tetapi juga wang dan tenaga.

Encik Lope Salleh bin Haji Long@Zainal Abidin

Encik Jaafar bin Ali

Apabila Sabak Bernam menjadi daerah usaha memajukannya terus menerus. Dalam beberapa rancangan terdapat perancangan untuk membesarkan pekan di situ.
Pengukuran dan perancangan telah di atur akhirnya usaha ini terkandas kerana beberapa sebab…
Antaranya..
Pertama – Kebanyakkan tanah yang terlibat bagi pembesaran ini mengenai tanah-tanah persendirian. Boleh dikatakan 90 peratus tuan punya tanah-tanah tersebut tidak bersetuju tanah mereka di ambil oleh kerajaan bagi tujuan itu.
Kedua – Kalau ada pun tanah-tanah persendirian yang bersetuju diambil mereka mengenakan beberapa syarat dan bayaran harga yang tinggi.
Ketiga – Masalah runtuhan tanah di pinggir Sungai Bernam yang terus mengancam, adalah satu lagi taktik menggagalkan rancangan.
Keadaan ini menjadikan rancangan tersebut akhirnya dibatalkan. Kemudiannya projek membina pekan Sabak Bernam yang baru untuk dijadikan ibu daerah Sabak Bernam beralih ke Pekan Sungai Besar dalam tahun 1975 seperti yang ada pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *