Impian YouTuber dari Palestin berusia 13 tahun ini untuk menjadi ‘terkenal’ di platform itu akhirnya menjadi kernyataan selepas dia gugur syahid dalam serangan dilancarkan rejim Zionis pada akhir Oktober lalu.
Saya Awni Eldous dari Gaza. Matlamat saluran ini adalah untuk mencapai 100,000 pengikut dan meningkat kepada 500,000 serta mencecah sejuta orang. Insya-ALLAH, saya dapat meraih sehingga 10 pengikut dengan sokongan serta kasih sayang daripada anda
Inilah kata-katanya menerusi video dimuat naik pada Ogos 2022 yang menjadikannya dikenali ramai pada hari ini.
Belum sempat cita-citanya tercapai, Awni dilaporkan terkorban dalam serangan udara dilancarkan rejim Zionis ke atas kediaman keluarga- nya di utara Gaza yang turut mengorbankan seluruh keluarganya.
Kematian tragis remaja itu mendapat perhatian komuniti antarabangsa dan saluran @awnieldous141 di YouTube yang hanya mempunyai 10 kini memiliki lebih 1.35 juta pengikut.
Ruangan komen turut dibanjiri mesej yang memohon maaf kepada Awni kerana gagal membantunya untuk mencapai cita-cita itu ketika dia masih hidup.