Codex Gigas, ianya merupakan sebuah manuskrip kuno yang diperkirakan wujud sejak abad ke-13, ianya dikatakan ditulis oleh rahib dengan bantuan iblis agar siap dalam masa hanya satu malam. 
Ianya manuskrip gergasi abad pertengahan yang dikenali sebagai Codex Gigas masih dianggap misteri sehingga ke hari ini. Bahkan, kitab kuno ini terkenal dengan kisah legendanya bahawa ia ditulis dengan bantuan iblis.
Buku tersebut telah ditulis pada awal abad ke-13 di biara Benedictine Podladzice, Bohemia yang kini teeletak di negara Republik Czech. Naskhah tersebut juga dikenali dengan nama ‘Devil Bible’ disebabkan terdapat ilustrasi lakaran besar yang dikatakan sebagai iblis dan juga kerana misteri penghasilannya.
Buku ini dilapisi dengan kulit tebal di bahagian luarnya dan dihiasi dengan ukiran logam. Manakala isi kandungannya ditulis di atas lembaran yang diperbuat daripada kulit anak lembu.
Panjangnya mencecah sehingga 92 sentimeter, 50 sentimeter lebar dan memiliki ketebalan 22 sentimeter. Manakala beratnya pula mencapai 75 kilogram. Dikatakan untuk menyiapkannya memerlukan sebanyak 160 ekor anak lembu yang mana telah dikorbankan untuk melengkapkan keseluruhan kitab ini.
Pada mulanya Codex Gigas mempunyai 320 halaman, tetapi 12 helai daripadanya telah dikoyak. Tidak diketahui siapakah yang mengoyakkannya dan mengapa ia dibuang, tetapi berkemungkinan besar muka surat tersebut mengandungi peraturan-peraturan biara Benedictine.
Secara tepat, manuskrip ini siap pada tahun 1229 masihi. Ia kemudian dipindahkan ke Biara Cistercians Sedlec. Selepas itu, biara Binedictine di wilayah Brevnov pula membeli kitab tersebut.
Sehinggalah pada tahun 1594, Codex Gigas dibawa pula ke Praha untuk dijadikan sebahagian koleksi Karl Rudolp II, pemerintah jajahan Soviet ketika itu.
Semasa berlangsungnya ‘Perang Tiga Puluh Tahun’ pada 1648, kitab ini telah dicuri oleh tentera Sweden dan ia kemudiannya disimpan di Swedish Royal Library, Stockholm.
Selepas 359 tahun iaitu pada 24 September 2007, kerajaan Sweden telah memulangkan kembali manuskrip legenda ini kepada kerajaan Republik Czech, tetapi hanya sebagai pinjaman untuk dipamerkan di Muzium Negara Czech sehingga Januari 2008. Manuskrip ini kini berada perpustakaan negara Sweeden di Stockholm.
Kitab ini ditulis sepenuhnya dalam versi Vulgata Latin. Isi kandungannya lebih kepada perihal keagamaan orang-orang Yahudi. Turut ditulis dalam kitab ini ialah senarai nama pendeta-pendeta Podladzice, kaedah untuk menentukan hari perayaan paskah, pelbagai ‘tractates’ – sejarah, etimologi dan fisiologi, sebuah calendar necrologium, mantera-mantera dan formula ajaib serta catatan-catatan lain.
Pada muka surat ke 290, terdapat lakaran iblis sebesar 50 sentimeter. Selain itu, manuskrip ini juga dihiasi dengan warna merah, biru, kuning, hijau dan emas. Manakala huruf ‘capital’ diwarnakan dengan dakwat yang terang.
Sesuatu yang luar biasa ialah, sifat tulisan naskhah kuno ini tidak berubah, sekata dan berkesinambungan antara halaman, seakan ditulis oleh seorang saja penulis dalam waktu yang sangat singkat.
Tetapi jika berdasarkan kepada isi kandungan dan ketebalan halaman beserta ilustrasi, para pengkaji menganggarkan, Codex Gigas mengambil masa sekurang-kurangnya 20 sehingga 30 tahun untuk disiapkan. Atau paling cepat pun dalam tempoh lima tahun, itupun jika penulisnya menulis selama 6 jam sehari, 6 hari seminggu.
Menurut legenda yang popular diperkatakan, penulis manuskrip ini ialah seorang rahib yang bersalah melanggar peraturan biara Benedictine. Dia dijatuhkan hukuman berdiri seumur hidup dengan badannya diikat pada dinding. Ketika itulah dia menyiapkan manuskrip tersebut hanya dalam satu malam sebagai syarat untuk mengelakkan hukumannya.
Ada juga cerita menyebut rahib itu telah menjual jiwanya kepada iblis untuk membantunya menyiapkan naskhah tersebut dalam masa yang singkat, dan kerana itulah terdapat lakaran gambar syaitan di dalamnya sebagai tanda penghormatan dan terima kasih terhadap bantuan tersebut.
Sehingga ke hari ini, Codex Gigas masih terus dikaji oleh para cendekiawan di seluruh dunia.
Jangan tersilap, walaupun Codex Gigas diberi julukan ‘Devil Bible’ atau kitab iblis, tetapi ianya langsung tiada kaitan dengan ‘Satanic Bible’ (kitab Syaitan) dan agama Satanism yang diasaskan oleh Anton Szandor LaVey.
Kitab Syaitan dikarang oleh LaVey untuk menerangkan fahaman Satanism. Penganut-penganut agama ini memberi penekanan utama kepada kekuatan dan kuasa syaitan, bukan pada dewa atau dewi.
Tetapi, adakah pula Codex Gigas mempunyai kaitan dengan suku Minahasa – orang asli yang berasal dari Sulawesi Utara dan Manado, Indonesia?
Ini kerana sebelum ini pernah timbul satu spekulasi baru apabila terdapat ukiran iblis yang serupa dengan lakaran dalam Codex Gigas di kompleks Waruga Sawangan – kompleks sejarah suku Minahasa.
Serupa dalam erti kata di sini ialah prinsip motif atau pola ukirannya mempunyai persamaan. Tidak dapat dipastikan adakah ia ada kaitan, atau hanya satu kebetulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *