Syeikh Ismail Ali – Mudir Ketiga Maktab Mahmud

Syeikh Haji Ismail Bin Ali Syeikh Haji Ismail Bin Ali dilahirkan di Parit Buntar, Perak Darul Ridzwan. Beliau menerima pendidikan awal rendah di Parit Buntar sehingga menamatkan pengajian peringkat rendah dan seterusnya melanjutkan pengajian di bidang Agama dan Arab di Madrasah al-Masyhoor, Pulau Pinang sebelum berlepas ke Mesir. Di Mesir, Syeikh Ismail Ali menyambung pengajiannya di Madrasah Fuad al-Awwal al-Ibtidaiyyah […]

Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Muhammad Yasin

Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Muhammad Yasin Beliau mendapat pendidikan awal di beberapa buah pondok sekitar tanah air di antaranya di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan. Dikatakan bahawa beliau merupakan pelajar lapisan pertama di sini. Kemudian beliau juga pernah belajar di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang sekitar tahun 1920an dan seterusnya menyambung ke Universiti al-Azhar, Mesir lalu berjaya mendapat ijazah sarjana […]

Tuan Guru Haji Mohamed Salleh Bin Lebai Awang

Tuan Guru Haji Mohamed Salleh Bin Lebai Awang Tuan Guru Haji Mohamed Salleh Bin Lebai Awang dilahirkan pada tahun 1880 di Simpang Empat Junjung, Seberang Perai, Pulau Pinang. Pendidik awalnya bermula di Selolah Melayu dan kemudian ke Pondok Simpang Empat Junjung, Seberang Perai, Pulau Pinang pada tahun 1894. Beliau telah berumah tangga dengan Hajah Halijah Binti Mat Taha dan dikurniakan […]

Tuan Guru Qadhi Haji Muhammad Zain, Parit Buntar

Tuan Guru Qadhi Haji Muhammad Zain Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zain Bin Abdul Rahman dan beliau dlahirkan pada bulan Januari 1848.  Ayahnya, Syeikh Abdul Rahman Bin Mumbaniq adalah Ketua Qadhi kawasan Kuala Kangsar sebelum 1900. Makamnya terletak di Masjid Lama Melayu, Taiping. Ibunya pula disebut dengan nama Tok Nah Bidan. Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Zain adalah […]

Sejarah Madrasah Yahyawiyah, Padang Rengas

Sejarah bermulanya pengajian Islam sistem pondok di Padang Rengas yang dapat dikesan berlaku sekitar 1860an apabila datang seorang ulama bernama Pak Kiyai Tuan Guru Haji Abdul Manan dari tanah Jawa ke tanah Semenanjung Tanah Melayu yang dikatakan hendak mencari seorang Penghulu yang berkuasa ke atas anak buahnya di kawasan tempat lahirnya (Jawa). Beliau kemudiannya menetap di sana mengajar dan banyak […]

Ulama Melayu yang ada gelaran "Palestin"

Di negara kita, ada beberapa alim ulama yang di nama mereka ada gelaran Palestin, contoh seperti di bawah: 1. Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin – Pengasas Pondok di Ayer Hitam 2. Tuan Guru Haji Abdul Rashid Palestin – Mufti Pulau Pinang 3. Tuan Guru Haji Sulaiman Palestin – Guru agama dan ahli politik UMNO 4. Tuan Guru Haji Abdullah […]

Tuan Guru Haji Abdul Rauf, Telok Mas, Melaka

Tuan Guru Haji Abdul Rauf Bin Haji Idris dilahirkan pada tahun 1904. Pada usianya lima tahun, beliau mula belajar dari ayahnya sendiri dalam asas-asas agama. Pada tahun 1922 pula, Tuan Guru Haji Abdul Rauf menyambung pengajiannya ke beberapa buah pusat pengajian sekitar Melaka. Beliau berkahwin sekitar tahun 1932 dan menetap di Telok Mas, Melaka. Ketika hayatnya, beliau telah mengajar di […]

Tuan Guru Haji Ahmad Bin Uthman

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Ahmad Bin Uthman Bin Abdul Salam dan beliau dilahirkan pada tahun 1923 di Kampung Tenung, Mayo, Patani. Beliau mempunyai lima orang adik beradik, iaitu : 1. Tuan Guru Haji Hassan  2. Tuan Guru Haji Ahmad (tokoh ini) 3. Tuan Guru Haji Abdul Rashid 4. Hajah Halimah 5. Hajah Hafsah Tuan Guru Haji Ahmad Bin […]

Mengenang 90 tahun kewafatan wali Allah Tok Kenali

Hari ini 19 November 2023, 90 tahun yang lalu, ulama disegani tanah air, Tok Kenali, meninggal dunia. Nama sebenarnya Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad, lahir pada 1868 di Kubang Kerian, mukim Kenali, Kota Bharu, Kelantan dalam keluarga yang warak. Ketika kecil beliau belajar mengaji ilmu-ilmu asal dengan datuknya, kemudian menyambung belajar di Masjid Al-Muhammadi, Kota Bharu. Menginjak usia 18 tahun, […]

Tuan Guru Haji Chik Kodiang

Nama penuh tokoh ulama’ Kedah ini ialah Tuan Guru Haji Chik Bin Ahmad dan beliau dilahirkan pada tagun 1898 di Kuala Kangkong, Simpang Empat, Kedah. Pendidikan awalnya diperolehi di Pondok Pulau Pisang, Jitra dan seterusnya ke Pondok Paya Sena, Pendang. Selepas beberapa tahun, Tuan Guru Haji Chik menyambung pengajiannya di Pondok Kenali. Setelah itu, beliau merantau pula ke Patani dan […]