Boleh dikatakan pasukan bola sepak terbaik Singapura. Memenangi Piala Malaysia pada 1977 dan naib juara empat kali (1975, 1976, 1978, 1979). Pasukan ini juga hampir layak ke Piala Dunia pada 1978, hanya tewas kepada Hong Kong dalam perlawanan kelayakan terakhir 1-0.
Zaman emas bola sepak Singapura
Gambar terakhir Bill Biggart dalam peristiwa 11 September
Gambar ini diambil oleh seorang lelaki yang bernama Bill Biggart. Ia diambil setelah menara pertama runtuh pada peristiwa 11 September 2001. Inilah gambar yang terakhirnya sebelum menara kedua runtuh dan menimpa dirinya. Tubuhnya dijumpai bersama kamera yang ditemui empat hari selepas peristiwa itu.
Bagaimana Bandar Raya Shah Alam boleh wujud
Awalnya, cadangan memindahkan ibu negeri Selangor dari Kuala Lumpur dah dibuat oleh kerajaan pusat sejak tahun 1956 lagi. Tempat awal yang dipilih ialah Klang. Namun dalam tahun 1962, kerajaan negeri kemukakan cadangan jadikan Petaling Jaya sebagai ibu negeri yang baru bagi menggantikan Klang seperti cadangan awal. Setahun kemudian, kerajaan negeri tetapkan untuk buka sebuah bandar baru di Sungai Renggam yang […]
Menara Jeddah bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia
Projek menara tertinggi di dunia, menyambung semula pembinaan selepas penangguhan yang lama. Menara itu akan berketinggian lebih 1,000 meter dan akan mempunyai sebuah hotel, pangsapuri, pejabat dan dek pemerhatian.
Coca Cola versi Korea Utara
Di Korea Utara minuman Coca-Cola tidak wujud. Tetapi mereka ada mencipta Coca-Cola versi mereka sendiri. Rupanya sama gelap dan warna pelekat pada botol sama seperti Coca-Cola yang asli. Rakyat disana memanggilnya Ryongjin Cola atau ‘Cocoa Sparkling’. Dari segi rasa, entahla..mungkin sama atau mungkin rasa Kim Jong Un. Sumber: https://thetravelintern.com/fun-facts Foto kredit: Eric Lafforgue via Flickr
Dua bulan sebelum IOI Mall Puchong dibuka
IOI Mall Puchong dibuka pada tahun 1996. Gambar ini diambil dua bulan sebelum pasaraya ini dibuka. Perancangan awal IOI Mall dibina adalah untuk memudahkan penduduk Puchong yang jumlahnya kecil ketika itu datang membeli-belah. Sayap lama pusat membeli-belah ini asalnya diuruskan oleh The Store kemudian Jusco sebelum ia diambil alih oleh Aeon pada Mac 2012. Perluasan kepada sayap baharu dibuka pada […]
Perkampungan Yahudi di Tanah Melayu
Ramai tak tahu sebenarnya kampung Yahudi pernah wujud dekat Malaysia. Buktinya adalah dengan kewujudan Jalan Yahudi. Orang Pulau Pinang mesti kenal dengan jalan ni. Persoalannya macam mana Yahudi boleh wujud dekat Malaysia? Orang Yahudi dikatakan datang ke Pulau Pinang bermula dari penghujung abad ke-18. Katanya mereka semua datang ke sini sebab kononnya nak lari daripada kekejaman gabenor Uthmaniyyah di Baghdad. […]
Golongan "Cyber Homeless" di Jepun
Terdapat satu golongan masyarakat di Jepun yang menjadikan kafe siber sebagai tempat tinggal mereka kerana harganya lebih murah berbanding apartment. Golongan ini digelar sebagai “Cyber Homeless”.
Apabila minyak dan sel kulit mati berkumpul
Apa benda ni? ini lah Blackhead yang dilihat melalui Electron microscope. Blackhead ni biasanya ada bukan sahaja dikawasan muka tapi bahagian belakang badan pun boleh ada. Benda ni terbentuk disebabkan minyak berlebihan dan sel kulit mati dan berwarna hitam.