Kisah disebalik banglo Al Kaff Mansion

Berdiri sergam di puncak bukit yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Jagoh berdekatan dengan Telok Blangah Green ialah sebuah banglo mewah milik keluarga hartawan Arab terkenal – Alkaff.  Keadaan persekitarannya sangat indah dengan seni reka bentuk Baratnya ditambah dengan pepohon yang subur menghijau meneduhkan sepanjang perjalanan melalui Pender Road ke arah banglo itu.  Banglo mewah itu dikenali sebagai Alkaff Mansion atau […]

Jasa besar Tuan Guru Haji Mohamed Sanusi bin Mahmood kepada umat Islam di Singapura

Tuan Guru Haji Mohamed Sanusi bin Mahmood adalah Mufti pertama Singapura  yamg menjawat jawatan tersebut dari tahun 1967 hingga 1972. Beliau salah seorang ulama yang jarang ditemui pada masa itu yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu, Arab dan Inggeris dengan baik. Beliau berkorban demi ilmu bagu melakar latar belakang pendidikannya yang cemerlang.  Dari tahun 1922 hingga 1931, beliau bersekolah di Victoria […]

Sejarah kubur konkrit di Singapura

Pusara Abadi yang lebih kemas dan teratur itu mempunyai satu kaedah baharu yang menggunakan konkrit yang telah diperkenalkan bagi pengebumian jenazah umat Islam.  Pengebumian bagi umat Islam kini menggunakan cara baharu iaitu dengan menanam jenazah di dalam rangka konkrit pasang-siap berserta ruang kosong. Kaedah pengebumian itu telah mula digunakan bagi kes-kes pengebumian baharu bermula pada Ogos 2002.  Setiap ruang kosong […]

Haji Ahmad bin Omar : tokoh dan usahawan Melayu Singapura

Haji Ahmad bin Omar merupakan anak kepada peneroka Kampong Pachuran di Marang Road iaitu Haji Omar bin Abdul Jalil dari Daik (Pulau Lingga).  Beliau adalah salah seorang tokoh masyarakat Melayu dan usahawan terkemuka di Singapura. Beliau lebih dikenali ramai dengan nama Haji Ahmad Marang kerana dilahirkan di Marang (Terengganu).  Beliau ada membina sebuah gedung mewah di Kampong Panchuran beralamat 86 […]