Sebelum kedatangan British, Pelabuhan Klang dikenali sebagai Kuala Klang. Berdasarkan sejarah lisan di situ, muara Sungai Klang pula dipanggil sebagai Pasang Api dalam kalangan penduduk tempatan dan Orang Asli di sekitar kawasan itu dahulu. Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka, Penghulu Tun Perak telah mengarahkan api dipasang di bahagian muara Sungai Klang pada waktu malam sebagai langkah keselamatan dari ancaman lanun […]