Pada hari itu Kuala Lumpur ditawan Tentera Jepun

Pada 11 Januari 1942, tentera Jepun mula memasuki dan menawan Kuala Lumpur. Tentera British yang mengalami kekalahan teruk di Pertempuran Slim berundur dari Kuala Lumpur dan bergerak terus ke Johor manakala tentera Australia diarahkan bertahan di Gemas. Kelihatan tentera Jepun yang berbasikal sedang mengayuh basikal di lokasi berdekatan bangunan Dayabumi. 

Lebih seribu kubur dipindahkan dari sini

Pada 20 Ogos 1978, tender kerja penggalian semula lebih kurang 1,385 kubur dan lain-lain kerja di atas tanah perkuburan Kristian Lot 18, Sek. 59 Jalan Venning (sekarang Jalan Perdana, sebelah belakang ibu pejabat KTMB ) telah disiarkan dalam akhbar The Straits Times.  Ketika era kolonial, ramai kenamaan dan pegawai Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu telah dikebumikan di sini dengan […]