Sati : amalan Hindu yang diharamkan oleh British

Pada 4 Disember 1829, amalan ‘sati’ diharamkan oleh pentadbiran British di India. Sati adalah satu amalan Hindu yang dipercayai sudah wujud sejak purba kala di India, di mana si balu akan membakar dirinya sampai mati bersama suaminya yang telah meninggal dunia ketika upacara pembakaran mayat. Sati bermaksud ’wanita suci’, diterap daripada nama dewi Sati, yang membakar dirinya sebagai protes kepada […]

Secara ringkas tambak laut di Singapura

Singapura terkenal dengan projek penambakan laut untuk memperluas kawasan daratannya. Antara projek penambakan laut yang sedang giat dilaksanakan ketika ini adalah di Pulau Tekong.  Dapat diperhatikan perbezaan imej satelit pada tahun 1984 dan 2022. Kawasan daratan singapura semakin hampir dengan perairan Johor. Pulau-pulau di sekitar Pulau Tekong seperti Tekong Kechil, semechek, Sejahat dan Sunjungkong telah disatukan dengan Pulau Tekong.

Bagaimana Komunisme merosakkan khazanah tamadun China

Parti Komunis China (PKC) telah mengambil tindakan berjaga-jaga dalam persiapannya untuk menyambut ulang tahun ke-100, di mana Beijing dijaga ketat. Premis menjual pisau diarah untuk meminta pengenalan diri dan melaporkan maklumat pelanggan kepada polis. Restoran di kawasan larangan juga terpaksa menutup pintu. PKC turut menahan orang yang pergi ke Beijing dan menyekat mana-mana akaun media sosial yang tidak ditapis sepenuhnya. […]

Operation Meetinghouse : Operasi pengeboman yang paling membinasakan dalam sejarah manusia

Tahun 2022, 77 tahun yang lalu, Amerika Syarikat mengebom Tokyo yang membunuh lebih 100,000 orang awam.  Operasi mengebom Jepun oleh Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II bermula pada April 1942 sebagai serangan balas susulan insiden Pearl Harbor dan semakin rancak pada 1944. Namun ia gagal memberi impak besar ekoran pertahanan cekap Jepun.  Memasuki 1945, Mejar Jeneral Curtis LeMay ditugaskan untuk […]

Koleksi gambar tentera Uthmaniyyah mempertahankan Masjid al Aqsa

Koleksi gambar yang cukup bermakna. Barisan Tentera Khalifah Islam Turki Uthmaniyah yang terakhir yang diarahkan untuk terus mempertahankan Masjid Al Aqsa.  Salah seorang di dalam gambar ini merupakan Kopral Hassan, dimana apabila rakannya semua telah meninggal dunia kerana faktor usia, penyakit dan lain-lain, hanya tinggal beliau seorang diri dan tetap sahaja beliau terus menggalas amanah melindungi tempat suci itu selama […]

Meriam besar Uthmaniyyah yang digeruni Barat

Dapatkah kita membayangkan  bagaimanamana Turki Uthmaniyyah boleh pecahkan tembok kota Constantinopel yang berlapis-lapis? Bukannya sesuatu yang mudah. Temboknya setebal 4.5 hingga 6 meter dan setinggi 12 meter. Tembok sepanjang 12 kilometer itu sudah berpuluh tahun melindungi kota Constantinople. Jawapannya ada pada meriam besar Uthmaniyyah Khilafah Turki Uthmaniyyah bukanlah pengasas meriam. Serbuk meriam sudah diasaskan lebih awal di China dan meriam […]

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan : Mufti terakhir Mekkah zaman Khilafah Uthmaniyyah

Nama lengkapnya al-‘Allamah al-Mufti Syeikh Syed Ahmad bin Zaini bin Ahmad al-Dahlan al-Hasani al-Makki, nasabnya bersambung kepada Sayyidina Hasan bin Ali melalui jalur Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Dilahirkan di Makkah pada tahun 1233 Hijrah bersamaan 1818 Masihi. Beliau belajar dengan tekun di Masjid al-Haram, antara para ilmuan ternama Makkah al- Mukarramah ketika itu yang telah dilazimi atau mungkin dilazimi ialah […]

Tentera Australia berperang dengan Emu

Tahukah anda bahawa pada tahun 1932, pihak kerajaan Australia telah mengumumkan keadaan darurat keselamatan negara mereka. Hal ini demikian kerana sebahagian besar negara mereka telah diserang oleh haiwan bernama Emu. Emu merupakan kedua tebesar selepas burung unta dan ianya merupakan haiwan ekonik Australia selain koala. Namun, Emu ini tidaklah sekejam mana dan membunuh nyawa manusia sebaliknya Emu hanya memusnahkan tanaman […]

Wabak Hitam : Mimpi ngeri Timur Tengah

Tahun 1347, kota Alexandria. Tiada siapa tahu mengapa segelintir penduduk Alexandria tiba-tiba jatuh sakit, dan tak lama kemudian seluruh kota Alexandria jatuh sakit. Musim luruh tahun 1347, Wabak Hitam mula menyerang Alexandria. Sejarawan dan saintis sebulat suara yang bakteria Yersinia pestis ni datang daripada Konstantinopel melalui laluan perdagangan. Kapal-kapal Konstantinopel berlabuh di Alexandria, memunggah barang dagangan yang juga termasuk tikus-tikus […]