Abiy Ahmed Ali : Perdana Menteri yang dulu disanjung kini dikecam

Abiy Ahmed Ali Pendana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali pernah menerima pujian secara meluas. kerana menamatkan kebuntuan selama dua dekad bersama Eritrea selepas terlibat dalam perang sempadan 1998-2000. Tetapi, imej itu tercalar se lepas beliau didakwa melancar- kan perang saudara di utara ne- gara Tanduk Afrika tersebut. Konflik terbaharu di wilayah Tigray mengubah status Abiy daripada menjadi tokoh di sanjung […]

Wabak Hitam : Mimpi ngeri Timur Tengah

Tahun 1347, kota Alexandria. Tiada siapa tahu mengapa segelintir penduduk Alexandria tiba-tiba jatuh sakit, dan tak lama kemudian seluruh kota Alexandria jatuh sakit. Musim luruh tahun 1347, Wabak Hitam mula menyerang Alexandria. Sejarawan dan saintis sebulat suara yang bakteria Yersinia pestis ni datang daripada Konstantinopel melalui laluan perdagangan. Kapal-kapal Konstantinopel berlabuh di Alexandria, memunggah barang dagangan yang juga termasuk tikus-tikus […]

Afrika tuntut berlian yang dipulangkan semula

  JOHANNESBURG – Aktivis di Afrika Selatan menggesa keluarga diraja Britain memulangkan semula berlian terbesar di dunia yang di dakwa dicuri dari negara itu. Dikenali sebagai Bintang Besar Afrika (Great Star of Africa) atau Cullinan I, berlian yang dipotong daripada permata yang lebih besar se lepas ditemui di lombong Cullinan pada tahun 1905 itu dikatakan telah diserahkan kepada keluarga diraja […]

Perang Saudara Sudan : Cubaan lemahkan kumpulan pro Islam

Minda Presiden PAS GERAKAN MENYINGKIRKAN ISLAM DI SUDAN Apabila kerajaan pimpinan Presiden Omar al-Bashir dikuasai oleh kumpulan Islam, banyak penyelesaian dalam negaranya berlaku secara aman. Kerajaannya pula dipilih secara demokrasi yang juga memberikan kemenangan kepada kumpulan Islam, sekali gus menjadikannya sasaran sikap ‘double standard’ antarabangsa yang dibayangi oleh Zionis dan Salibiyyah yang tidak menghentikan permusuhannya terhadap Islam.  Dalam pada itu, […]

Leopold II : Raja Eropah penyembelih bangsa Afrika di Congo

Leopold II (9 April 1835-17 Disember 1909) merupakan Raja Belgium yang secara umumnya diingati sebagai pengasas dan pemeras Negara Bebas Congo (Congo Free State) yang kejam. Pada 1885, Leopold II telah menubuhkan Negara Bebas Congo sebagai tanah persendirian khusus kepada baginda tan pa sebarang kaitan dengan kerajaan Belgium. Baginda pada awalnya menggalakkan pembangunan dengan membina pelbagai prasarana seperti sebuah laluan […]

Sungai bagi sebelas (11) negara

Sungai Nil adalah sungai utama di Timur Laut Afrika, secara meluas dianggap sebagai sungai terpanjang di dunia. Ia mengalir ke utara kira-kira 6,650 kilometer dari sumbernya di Burundi, melalui timur laut Afrika, dan akhirnya bermuara ke Laut Mediterranean di utara Mesir.  Sungai itu melalui atau bersempadan dengan sebelas negara, termasuk Tanzania, Uganda, Rwanda, Burundi, Republik Demokratik Congo, Kenya, Ethiopia, Eritrea, […]

Kisah-kisah berakhirnya sebuah monarki

Sejarah menyaksikan kegemilangan dan kejatuhan banyak empayar dan negara beraja yang berkuasa suatu ketika dahulu. Disebabkan pelbagai faktor, banyak kepimpinan negara telah tumpas dan sekaligus menghapuskan sistem pemerintahan diraja yang menjadi pucuk kepimpinan negara. Perancis Perancis mula menjadi negara terkuat di Eropah selepas Perang Tiga Puluh Tahun (1618-1648). Perancis menunjukkan kehebatan dalam pelbagai bidang termasuk budaya, politik dan kuasa tentera […]

Kota Timbuktu menyimpan ribuan khazanah manuskrip Afrika Utara

Kota Timbuktu yang terletak di negara Mali sebenarnya penyelamat manuskrip-manuskrip lama yang telah sekian lama rakyat Afrika Utara sembunyi dan simpan dari dirampas dan dibakar oleh penjajah Perancis. Menurut sumber dari National Geographic, sebanyak 700,000 buah manuskrip telah diselamatkan. Apakah pentingnya manuskrip kuno ini sehingga warga Afrika Utara sanggup selamatkannya? Sebenarnya kesemua manuskrip yang diselamatkan ialah hasil karya pengkaji-pengkaji muslim […]

Presiden paling lama memerintah di dunia

Teodoro Obiang Nguema Mbasogo Presiden paling lama memerintah di dunia ini sekali lagi berjaya mengekalkan tempoh perkhidmatannya untuk penggal keenam, sekali gus bakal meneruskan rejim autoritarian di bawah pimpinannya yang sudah menjangkau lebih empat dekad. Teodoro Obiang Nguema Mbasogo, 80, meraih hampir 95 peratus undi pada Pilihan Raya Presiden di Equatorial Guinea yang sememangnya keputusan sudah dijangka. “Keputusan itu membuktikan […]