Kisah Sabak Bernam menjadi Daerah kecil Kuala Selangor

Dari tahun 1820an sehingga 1960, Daerah Sabak Bernam telah dikuasai oleh tiga buah entiti pentadbiran yang berbeza. Pada tahun 1828 sehingga 1858, Sabak Bernam merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat di bawah penguasaan Raja Hitam, Raja Mat Aris dan Raja Indut. Raja Hitam ibni Raja Onus dilantik sebulat suara di kalangan saudaranya untuk mewarisi pemerintahan di Sabak Bernam setelah Raja […]

Penemuan Syiling zaman Sri Sultan Ibrahim Shah di Sabak Bernam

Sungai Bernam diakui sebagai laluan sungai menuju ke kawasan pendalaman Semenanjung Tanah Melayu sama ada bagi tujuan perdagangan mahupun hubungan pemerintahan. Bahkan Daerah Sabak Bernam sendiri menjadi laluan Sultan Ibrahim bersama para pengikutnya berundur ke Pahang kerika tercerltusnya Perang Bukit Malawati di Kuala Selangor diantara kerajaan Kesultanan Selangor menentang Belanda. Antara penemuan yang dijumpai di kawasan Tok Khalifah adalah Syiling […]

Kekejaman pengganas Komunis di Tebuk Pulai

Kampung Tebuk Pulai telah dibuka oleh kumpulan perantau dari Tanah Jawa pada sekitar awal tahun 1930-an. Terdapat tiga peringkat pembukaan kawasan ini. Peringkat pertama melibatkan pembukaan Kampung Tebuk Lama. Sementara peringkat kedua ialah pembukaan Kampung Tebuk Kencong. Ketua kumpulan peneroka di sini ialah seorang peneroka yang bernama Bakar atau digelar juga sebagai Karimun. Sebab itulah Kampung Tebuk Kencong itu juga […]

Sabak Bernam dalam era penjajahan Jepun

Tiada catatan bertulis secara khusus menyentuh mengenai kehidupan penduduk di Sabak Bernam ketika era penjajahan Jepun diantara tahun 1942 sehingga tahun 1945. Jika di Teluk Anson (Kini Teluk Intan) pada era perang dunia kedua sangat terkenal dengan kekejaman polis tentera Jepun yang dikenali Kempetai yang dikepalai oleh sarjan Sasaki Saburo. Penindasan kepada penduduk tempatan khususnya di kalangan berketurunan Cina cukup […]

Kisah Raja Buaya Sungai Bernam

Nama Kampung Gelanggang Buaya sudah telah lama tiada di dalam pemetaan moden bagi Daerah Sabak Bernam khususnya di Mukim Sungai Panjang. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa Kampung Gelanggang Buaya ini telah dibuka sejak era permulaan tertubuhnya Kesultanan Melaka pada abad ke 14. Nama “Gelanggang Buaya” ini diperolehi daripada kisah misteri berkenaan kewujudan “Raja Buaya Sungai Bernam” yang bersaiz sangat besar. Lebar […]

Raja Che Nong dan Kampung Tok Khalifah

Menurut cerita lisan yang diperturunkan, Kampung Sungai Panjang (kini Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam) telah mula diterokai seawal tahun 1820an lagi oleh Raja Che Nong dan Raja Mahadi bersama pengikut masing-masing. Nama Sungai Panjang diambil kerana Sungai Panjang merupakan cabang sungai terpanjang sungai yangvutama iaitu Sungai Bernam. Diakhir fasa perang saudara Selangor, Sabak Bernam menjadi kubu terakhir para pengikut […]

Sabak Bernam, Perang Klang dan Raja Hitam

Makam Raja Hitam di Seberang Kota, Perak Di dalam catatan sejarah negeri Selangor, nama Sabak Bernam ada disebut terutamanya sekali dalam bulan Ogos 1784. Ketika kota Kuala Selangor ditakluki oleh Belanda, yang mana Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor kedua bara pengikutnya terpaksa berundur  ke Sabak Bernam sebelum ke Pahang di katakan melalui Sungai Bernam. Sekali lagi nama Sabak Bernam timbul  […]

Dato Taiban bin Hassan yang digelar Harimau Selangor

Dato Taiban bin Hassan bukan sahaja menjadi Ahli Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Sungai Besar yang pertama bermula tahun 1959 sehingga tahun 1974 bahkan turut diberi amanah sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor di era Menteri Besar  Dato Seri Harun Idris. Digelar “Harimau Selangor” oleh Tunku Abdul Rahman kerana sikap tegasnya mempertahankan prinsip yang dipegang dan sangat lantang bersuara membela rakyat […]

Kiyai Haji Arba'i Bin Arbi, Sekinchan

Kiyai Haji Arba’i Bin Arbi atau lebih mesra dengan panggilan Wak atau Mbah dilahirkan di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor pada tahun 1942. Pengajiannya bermula di Madrasah Khairiyah al-Wataniyyah, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor yang telah ditubuhkan oleh Tuan Guru Haji Muhammad Fakeh Bin Haji Ibrahim. Di samping itu, Kiyai Haji Arba’i turut menuntut ilmu dari beberapa ulama’ […]