Kisah Tok Janggut menentang Pengganas Komunis di Hulu Perak

 Haji Abdul Razak Bin Kasman atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Janggut berasal dari Kerinchi. Asalnya kedatangan Tok Janggut untuk berdagang di Hulu Perak dan beliau telah menetap di Kampung Tanjung Rambai , Setelah beberapa tahun tinggal di sana , Tok Janggut dilantik sebagai ketua Kampung kerana keberaniannya dan kealimannya. Tok Janggut terkenal dengan sifat keberaniannya yang tiada tolok banding […]

Kisah penghulu Slim Village yang ditawan pengganas Komunis

Parti Komunis Malaya (PKM) ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu pada tahun 1920an yang mempunyai matlamat besar untuk mewujudkan sebuah republik Komunis di Tanah Melayu. Malangnya, terdapat segelintir orang Melayu yang tergamak menyertai pertubuhan ini yang berselindung di sebalik propaganda membela nasib rakyat bawahan walhal cukup jelas ideologi Komunisme sendiri bertentangan dengan akidah Islam yang dianuti oleh orang […]

Tiga orang asli, tiga pahlawan negara berjasa

Beberapa anak watan orang asli menyahut seruan pertiwi yang sama-sama mengangkat senjata berjuang untuk memelihara keamanan negara..sehingga ada yang terkorban ketika bertempur di hutan belantara menentang pengganas Komunis. 1.Koperal 62209 Mandi a/k Itam Tambo Terkorban ketika Ops Hentam Sedar 4 di Kulim Kedah pada 29 Ogos 1978 2.Konstabel 62196 Bah Tradil a/k Din. Terkorban ketika ops setia 21/78 sempadan  kawasan […]

10 bentuk kekejaman Komunis ke atas etnik Melayu Champa

Sejarah yang sukar dilupakan oleh umat Islam khususnya di alam Melayu. Kekejaman rejim Komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot di Kemboja di era 1970an menyaksikan etnik Melayu Champa yang beragama Islam hilang 30 % populasi akibat dasar penghapusan etnik yang dijalankan. 10 polisi kekejaman ke atas etnik Melayu Champa : Sebarang bentuk ritual agama tidak dibenarkan seperti solat, puasa, menutup […]

Pengganas Komunis nekad bunuh pemimpin tertinggi PDRM

Pada 13 November 1975 bersamaan hari Khamis, Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak meninggalkan pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak untuk pulang makan tengahari di  rumah beliau yang terletak di Jalan Tawar Off Jalan Tambun, Ipoh. Dalam perjalanan pulang, kereta beliau melalui Jalan Kelab (Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab) dan Jalan Anderson, iaitu jalan-jalan penting […]

September 1949 : Tawaran pengampunan kepada pengganas Komunis

Pada 6 September tahun 1949, Kerajaan Tanah Melayu telah menawarkan penyerahan diri beramai-ramai kepada anggota-anggota Parti Komunis Malaya yang bergerak ganas menentang Kerajaan melalui pertubuhan militannya yang dikenali sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA). Tawaran penyerahan diri ini telah dibuat melalui siaran radio dalam satu pengumuman tengah malam dan juga penyebaran beribu-ribu risalah yang ditulis dalam bahasa Melayu, Cina dan […]

Kekejaman pengganas Komunis di Tebuk Pulai

Kampung Tebuk Pulai telah dibuka oleh kumpulan perantau dari Tanah Jawa pada sekitar awal tahun 1930-an. Terdapat tiga peringkat pembukaan kawasan ini. Peringkat pertama melibatkan pembukaan Kampung Tebuk Lama. Sementara peringkat kedua ialah pembukaan Kampung Tebuk Kencong. Ketua kumpulan peneroka di sini ialah seorang peneroka yang bernama Bakar atau digelar juga sebagai Karimun. Sebab itulah Kampung Tebuk Kencong itu juga […]

Kisah pembunuhan kejam keluarga Kapitan Cina Liang Pak oleh pengganas Komunis

Kekejaman pengganas Komunis di Tanah Melayu tidak mengenal bangsa walaupun majoriti ahli Parti Komunis Malaya adalah orang Cina, terdapat juga orang-orang Cina yang setia kepada kerajaan turut menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis. Dibawah ini coretan peristiwa tragis yang menimpa keluarga Zai VM yang menyaksikan ramai ahli keluarganya dibunuh oleh pengganas Komunis. Kekejaman komunis.. Assalamualaikum..izinkan saya bercerita sedikit tentang sejarah kekejaman komunis […]

Tragedi Mong Gajah 1974, bukti kekejaman melampau pengganas Komunis

Jumaat, 10 April 1974 masih terbayang di ingatan Zainal Abiddin Abdullah wajah-wajah sahabat seperjuangan yang gugur terkorban bergelimpangan di laluan lori balak Mong Gajah, Kedah-kawasan pertempuran yang mengubah perjalanan hidupnya sepanjang hayat. Segalanya bermula pada penghujung tahun 1974, sebaik Zainal menamatkan latihan rekrutnya. Beliau melangkah gagah sebagai seorang perwira terlatih. Zainal terus ditempatkan di Satu Kor Armor Diraja yang berpangkalan […]

Lebuhraya Timur-Barat saksi keganasan Komunis sabotaj pembangunan negara

Lebuhraya Timur Barat, adalah merupakan jalan darat yang dibina merentasi Banjaran Titiwangsa. Yang terdapat sedikit kisah ringkas yang dapat kita jadikan bukti, bagi menceritakan salah-satu dari pelbagai banyak kisah pengorbanan mereka yang bersusah payah membina negara bagi kesenangan anak cucu kita hari ini. Kita hayatilah betapa kemerdekaan perlu dikekalkan, keharmonian masyarakat majmuk dan keamanan yang perlu dijaga oleh generasi berbilang […]