Perjanjian Bangkok 1909 : Nakbah alam Melayu

Perjanjian Inggeris – Siam 1909, dimeteraikan antara Siam dan Britain, pada 10 Mac 1909 dan membahagikan Negeri-Negeri Melayu Utara, tanpa mengambil-kira pandangan dan keputusan para pembesar Melayu di negeri yang terbabit, iaitu Patani, Yala, Narathiwat, Setul, Perlis, Kedah, Kelantan dan juga Terengganu, antara dua kuasa asing tersebut. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menjadi naungan British, manakala Patani, Narathiwat, Yala dan […]

Drama Kota Setia adaptasi keberanian orang Melayu menentang penjajah

Pada 1996, RTM 2 pernah menyiarkan sebuah drama bertajuk Kota Setia. Drama ini mengangkat kisah sejarah sebenar penentangan di antara penjajah Inggeris dan anak Melayu di Kota Setia, Perak di antara 1874 dan 1875. Ia berlaku apabila Residen Inggeris pertama ke Perak J.W.W Birch cuba laksanakan polisinya melalui wakilnya Smith, yang dianggap kejam dan menindas oleh orang tempatan Kota Setia. […]

Tragedi pembunuhan Raja Busu di Lukut

Menyingkap sejarah awal Lukut yang bermula awal kurun ke-19, daerah tersebut dibuka oleh kerabat Diraja Selangor, Raja Busu. Lukut dibuka kerana potensi hasil buminya yang menjadi tumpuan ramai pelombong bijih timah. Lukut dahulunya merupakan sebahagian daripada wilayah Selangor. Raja Hassan bin Raja Muda Raja Nala ibni Almarhum Sultan Salehhuddin atau juga lebih dikenali sebagai Raja Busu ialah anak kepada Yang […]

Nama "Malaysia" wujud sebelum tahun 1963

Terdapat pihak mendakwa nama “Malaysia” diwujudkan pada 1963 sebagai gabungan MALAYa, Singapura, SAbah dan SArawak. Sebahagian yang lain berpendapat bahawa ia adalah gabungan “Melayu” dan “Asia” (juga pada tahun 1963), sebagai penghormatan kepada dua lagi bangsa Asia yang kini menetap di Malaysia: India dan Cina Malaysia. Perlu diselobgkar kembali nama “Malaysia” bukannya baru.  Ia tidak dicipta pada tahun 1963 atau […]

Sebahagian kisah-kisah pengkhianatan terhadap bangsa Melayu melawan penjajah

Tentera Acheh menentang Belanda Dalam sesuatu perjuangan, apa yang sangat memeritkan bagi seorang pejuang ialah apabila perjuangannya dikhianati oleh saudara yang seagama dan sebangsa dengannya sendiri.  Berikut adalah sebahagian dari contoh pengkhianatan yang pernah berlaku dalam sejarah perjuangan menentang penjajah di Alam Melayu :- 1) Semasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, terdapat beberapa orang pembesar Kesultanan Melaka yang membocorkan […]

1933 : Anak Melayu sahut seruan sertai tentera.

Sejarah penubuhan Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu.Usaha ini digerakkan semenjak tahun 1902 lagi. Beberapa siri perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi menubuhkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan […]

Silat Sekebun : Silat warisan As-syahid Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani

“Silat Sekebun”  Silat ni sangat terkenal di Kelantan khususnya , asalnya silat ini tidak diajarkan kepada orang Kebanyakan , Ianya silat turun temurun Raja Palembang. Kemudiannya diwarisi oleh seorang Ulama Tersohor Alam Melayu yang bernama “Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani” (1704-1832) Beliau adalah cucu kepada anak Raja Palembang , dan juga anak kepada Mufti Kedah Pertama yang bernama Sheikh Abdul Jalil […]

Tentera Melayu Perak membantai keangkuhan Belanda

Setelah berjaya menduduki Melaka, Belanda menjalankan usaha untuk memonopoli perdagangan bijih timah di Perak. Ini kerana Perak adalah pengeluar bijih timah terpenting di Selat Melaka ketika itu, sekaligus antara yang utama di dunia. Oleh kerana hasrat Belanda ini tidak disetujui oleh Sultan Muzaffar Shah (1636-1653), Belanda telah mengepung kuala Sungai Perak. Selain itu, Belanda turut meminta bantuan Sultanah Aceh, Tajul […]

Dipaksa masuk Kristian, Datu Lapu Lapu bangkit menentang Sepanyol

Seorang tokoh pahlawan Mindanao yang ulung dalam penentangannya terhadap penjajahan kafir Kristian Katolik Sepanyol pada awal abad ke-16. Pada bulan Mac tahun 1521 masihi, seangkatan tiga buah kapal perang Sepanyol tiba di Cebu.Pasukan soldadu-soldadu kafir Katolik Sepanyol ini disambut dengan gembiranya oleh pemerintah Cebu, iaitu Datu Humabon @ Hamubon.Mengikut sumber Sepanyol, Humabon dan beratus-ratus penduduknya telah berjaya dikristiankan.Humabon juga bersetuju […]

Kenapa Inggeris kata orang Melayu pemalas

Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan ‘pantang duduk diam’. Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut mencari ikan, meredah sungai mencari bijih dan turun ke bendang membajak sawah. Waktu senggang di rumah, orang Melayu bertukang, mengayam tikar, menenun kain dan mengait jala. Waktu malam pergi ke masjid, mendengar […]