Karamah Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong ( 1862 – 1945 )

Dikisahkan bahawa pengamal Tareqat Syatariah ini mempunyai beberapa karomah. Di antaranya ialah : 1 . Sewaktu penaklukan Jepun beliau dilihat menghembus sesuatu ke arah kapal terbang Jepun dan bom tentera Jepun tidak jatuh di sekitar tempat beliau menetap. 2.  Sewaktu Terengganu dilanda kemarau pada awal kurun ke-20, pemerintah Terengganu akan bertanya kepada beliau di mana tempat yang perlu digali perigi […]

Karamah Syeikh Abdullah Fahim ( 1869 – 1961 )

Kisah Para Wali Syeikh Abdullah Fahim ( 1869 – 1961 ) Kata Tuan Guru Haji Abdul Aziz Paya Keladi  di antara kelebihan Syeikh Abdullah Fahim ini ialah beliau dapat mengetahui pelajar-pelajar yang beliau jumpa berguru dengan siapa. Suatu hari Tuan Guru Haji Aziz dan sahabatnya berjalan di pasar pagi lalu bertemu dengan Syeikh Abdullah Fahim. Sahabatnya itu adalah pelajar Tuan […]

Kisah Tuanku Muhammad diziarahi Tuan Tulis ketika sakit

Sekitar tahun 1925, Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, iaitu Tuanku Muhammad Ibni Yamtuan Antah yang terlantar sakit di London telah diziarahi oleh seorang ulama dari Kampung Kuala Talang, iaitu Tuan Tulis. Di dalam pertemuan tersebut, Tuan Tulis meminta dibawakan segelas air lalu dijampinya. Kemudian Tuan Tulis menyapukan air tersebut di badan baginda Tuanku dan selebihnya baginda minum. Dengan […]

Kitab pahlawan Mat Kilau, permata ilmu alam Melayu

Kitab disusun dan dipunyai oleh Mat Kilau. Pada masa Mat Kilau dalam buruan penjajah Inggeris, kitab tersebut diserahkan di bawah jagaan Mat Saman Kelantan kerana Mat Kilau ketika itu sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk melarikan diri dari tangkapan penjajah Inggeris. Sehinggalah putus hubungan mereka. Akhirnya kitab tersebut diserahkan kepada Sultan Ismail bin Sultan Muhammad Mulut Merah […]

Janji Mat Kilau kepada Sultan Abdullah

Kemunculan semula Mat Kilau daripada penyamarannya telah menggemparkan negara pada tahun 1969. Mana tidaknya, selama tujuh dekad orang-orang Melayu dikhabarkan pahlawan Melayu itu telah meninggal dunia dalam pembururan penjajah British. Tempoh lebih tujuh dekad bukan sekejap. Dalam tempoh tersebut, Tanah Melayu sendiri melalui pelbagai peristiwa bersejarah. Dari pemerintahan British, kemasukan tentera Jepun, 14 hari pemerintahan komunis, darurat, penubuhan Malayan Union, […]

Sepuluh (10) mutiara kata pahlawan Melayu Mat Kilau

1. “Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh uratku, hancur seluruh tulangku, tak akan dapat menahan semangatku untuk membebaskan tanah ini.” 2. ” Kalau beragama jangan sekadar pakaian (syariat), biar bersih juga tubuhnya (hakikat).” 3. “Kalau belajar, jangan sekadar ilmu biar kukuh juga adabnya.” 4. “Kalau beramal, jangan sekadar ayatnya, biar tentu juga berbulat dengan rahsia-Nya.” 5.  “Janganlah […]

Mat Kelantan : Misteri rakan seperjuangan Mat Kilau

“Mat Kelantan” Mat Kelantan ataupun nama sebenarnya Muhammad Bin Saman yang berasal/menetap di Kampung Kangkong Pasir Mas Kelantan , adalah diantara Pahlawan yang terlibat dalam perjuangan Dato Bahaman , Mat Kilau , Tok Janggut , Tok Gajah Dan lain-lainnya dalam penentangan British. Di antaranya adalah ketika peristiwa Jeram Ampai.  Usianya sebaya dengan Sayyid Tokku Paloh , Tokku Paloh lahir pada […]