Semua kita tahu, dalam tahun 1948 di seluruh negara kita, pada masa itu dikenali dengan Malaya telah diisytiharkan darurat angkara pengikut Parti Kominis yang diharamkan oleh Kerajaan British yang memerintah Malaya pada ketika itu. Kominis telah menjadikan negara kita tidak aman. Mereka membuat huru-hara, membunuh, mengugut, membakar, menculik, merompak dan menyerang orang awam dan pasukan keselamatan. Sungai Leman tidak terkecuali […]
Bahagian 6 : Keringat di Tanah Basah
Bahagian 5 : Keringat di Tanah Basah
Ramai di antara peneroka memilih kawasan Pasir Panjang kerana di bahagian kuala Pasir Panjang tanahnya dipenuhi belukar sahaja. Selebihnya ditempatkan di Sungai Leman. Peneroka datang secara berkumpulan, setiap kumpulan ada ketuanya sendiri. Pada setiap hari saya terpaksa membawa peneroka ke dalam hutan untuk menunjukkan kepada mereka kawasan yang telah ditetapkan untuk mereka seperti di dalam pelan yang dibekalkan oleh Pejabat […]
Bahagian 4 : Keringat di Tanah Basah
Saya balik ke Pasir Panjang menumpang duduk di rumah Wak Nazir yang tinggal seorang diri sahaja. Setiap hari saya akan pergi ke kawasan Sungai Leman meninjau keadaan hutan di sini. Satu hari dengan tidak di sangka saya bertemu dengan orang bekerja menebang pohon nibong, nama mereka Kaimi dan kawannya Ngadiman. Batang nibong ini mereka jual kepada peraih Cina yang tinggal […]
Bahagian 3 : Keringat di Tanah Basah
Saya pulang ke Pasir Panjang berbincang dengan Sidang Hj. Said untuk berjumpa Tuan Pegawai Daerah. Kami telah dapat menyenaraikan nama seramai 191 orang. Seperti biasa kami menaiki basikal ke Kuala Selangor menggunakan jalan dahulu yang penuh dengan cabaran dan kesulitan. Sampai sahaja di Kuala Selangor, kami terus ke pejabat daerah berjumpa Tuan Pegawai Daerah. Kami tunjukkan senarai nama yang kami […]
Bahagian 2 : Keringat di Tanah Basah
Kami balik pada hari itu juga dengan menunggang basikal dan sampai di Pasir Panjang pada jam 3.00 petang. Saya bermalam di rumah Sidang Haji Said. Pada malam itu beliau menjemput penduduk sekitar ke rumah beliau dan menerangkan hasil perjumpaan kami dengan Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor. Pada malam itu seramai 11 orang telah mendaftar nama, termasuk anak Sidang Haji Said […]
Bahagian 1 : Keringat di Tanah Basah
Siri penceritaan “Keringat di Tanah Basah” adalah penghargaan bagi mengenang kesusahan peneroka awal yang terdiri daripada orang-orang Melayu yang membuka tanah sawah di Sungai Leman, Selangor selepas tamat Perang Dunia Kedua. Anang bin Salleh Hari Sabtu 25 Jun 1946 Adalah satu tarikh yang tidak pemah saya lupa. Tarikh yang bersejarah ini adalah titik permulaan pembukaan tanah sawah padi Sungai Leman., […]