Keris Kesultanan Johor berada di India

Sebilah keris yang pamurnya berupa tulisan Jawi seperti keris kepunyaan kerabat Kesultanan Johor yang kini berada di Baroda, India. Keris ini dikatakan milik Sultan Abdul Rahman Muazam Shah, iaitu Sultan yang memerintah kepulauan Singapura dan Riau. Tulisan yang tertera di keris tersebut berbunyi  ” Allah Maha Besar “. ” Sultan Abdul Rahman Muazam  (Mirzam) Shah”. Manakala disebaliknya tertulis potongan ayat […]

Su Yuanchun : Jeneral yang buta huruf

Su Yuanchun (1844-1908 ) merupakan seorang Jeneral Perang Dinasti Qing yang buta huruf. Walaupun buta huruf dan menggunakan senjata tradisional seperti pedang, panah, tombak serta senjata api gorek dalam peperangan namun kehebatan beliau tidak boleh dipandang rendah. Beliau pernah memimpin tentera Qing dalam Perang  Zhennan Pass  dalam melawan Perancis dan berjaya memenanginya.

Harimau terakhir di Singapura

Harimau terakhir di Singapura ditembak mati bertarikh 2 Oktober 1930. Harimau ini ditembak oleh Ong Kim Hong seorang pekerja dari Singer Sewing Machine Co. dan dapat ganjaran sebanyak $100.00 dari pemerintah Singapura masa itu (permulaan ganjaran hanya $20.00 kemudian dinaikkan ke $100.00)

Julai 1972 : Malaysia memesan kapal terbang supersonic jenis F-5E daripada Amerika Syarikat

Pada 24 Julai 1972, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia telah memesan 16 buah kapal terbang supersonic jenis F-5E yang berharga RM64 juta daripada Amerika Syarikat (AS) dalam usaha melengkapkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan peralatan moden. Pembelian kapal terbang yang mempunyai kelajuan hampir dua kali ganda daripada kelajuan suara itu (lebih 1,000 batu sejam) adalah ke arah pembentukan satu skuadron […]

78 tahun kemudian dia mengenang Operasi D-DAY

Seorang askar kembali ke Perancis untuk memperingati ulang tahun D-Day. Gambar atas menunjukkan dia pada tahun 1944 menjaga seorang askar Jerman di bandar Audouville. Gambar kedua 78 tahun kemudian di tempat yang sama dia melakonkannya kembali. D-Day ialah operasi pendaratan yang berlaku pada hari Selasa, 6 Jun 1944 semasa penyerbuan pihak Bersekutu terhadap Normandy dalam Operasi Overlord semasa Perang Dunia […]

Zaman emas bola sepak Singapura

Boleh dikatakan pasukan bola sepak terbaik Singapura.  Memenangi Piala Malaysia pada 1977 dan naib juara empat kali (1975, 1976, 1978, 1979).  Pasukan ini juga hampir layak ke Piala Dunia pada 1978, hanya tewas kepada Hong Kong dalam perlawanan kelayakan terakhir 1-0.