Hobi P Ramlee pada kaca mata Nasir

Pemergian Almarhum Tan Sri P Ramlee ibarat gugurnya sebutir kejora di gemerlapan langit seni layar dunia Melayu. Sosok yang membuka jalan kepada pembangunan perfileman Melayu ini terus dikenang sesuai dengan jolokan seniman sepanjang zaman. P Ramlee juga manusia biasa walau disanjung di lapangan seni. Menurut Nasir P Ramlee, P Ramlee juga punyai hobi tersendiri yang membina karakternya tersendiri bersama keluarga […]

Anugerah tertinggi yang pernah diterima oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad

Anugerah tertinggi yang pernah diterima oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad ketika hayatnya di peringkat Persekutuan ialah Bintang Kebesaran Ahli Mangku Negara (A.M.N.) di Istana Negara pada 5 Jun 1990 yang dianugerahkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Pada Hari yang sama juga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerima Darjah […]

Air mata P Ramlee gugur bila dengar ucapan Yusof B

Antara P.Ramlee dengan Yusof B terjalin satu hubungan yang sangat akrab. P.Ramlee menganggap Yusof B sebagai gurunya dalam bidang muzik.  Ketika di Jalan Ampas, jika berlaku sesuatu perkara yang membabitkan P.Ramlee dengan pelakon lain dan pekerja studio, Yusof B akan menyebelahi dan mempertahankan P.Ramlee. Yusof B atau nama sebenarmya Yusof Blugok merupakan pemuzik, penggubah lagu senior dan berpengalaman serta berpengaruh […]

"Ya, dialah yang baca talqin masa Allahyarham P Ramlee dikebumikan"

Seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 pagi, hari Selasa, 29 Mei 1973. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pelakon, Allahyarham M.Rajoli, atau nama sebenarnya Mohamad Rajoli bin Mohamed Zain adalah individu yang telah membacakan talkin di hari pengebumian tersebut. Pada ketika itu M.Rajoli berusia 28 tahun dan sedang berkhidmat […]