Dua bulan sebelum IOI Mall Puchong dibuka

IOI Mall Puchong dibuka pada tahun 1996. Gambar ini diambil dua bulan sebelum pasaraya ini dibuka. Perancangan awal IOI Mall dibina adalah untuk memudahkan penduduk Puchong yang jumlahnya kecil ketika itu datang membeli-belah. Sayap lama pusat membeli-belah ini asalnya diuruskan oleh The Store kemudian Jusco sebelum ia diambil alih oleh Aeon pada Mac 2012. Perluasan kepada sayap baharu dibuka pada […]

Kisah di sebalik logo kitar semula

Semua pernah nampak logo kitar semula ni kan, tetapi siapa yang sebenarnya mencipta logo ni? Orang yang mencipta logo ni bernama Gary Anderson seorang rakyat Amerika. Logo ni dicipta pada tahun 1970. Waktu itu telah diadakan satu pertandingan mereka logo dikalangan pelajar universiti lalu beliau telah menghantar logo ni pada persidangan rekaan antarabangsa. Gary Anderson Logo kitar semula ini diinspirasikan […]

Kisah remaja terselamat daripada kemusnahan Nagasaki

Jurugambar tentera Yosuke Yamahata merakam gambar Nagasaki secara meluas, sehari selepas bom atom jatuh memusnahkan bandar itu.  Dalam foto ini, seorang remaja perempuan berumur 18 tahun muncul dari tempat perlindungan bom yang dikelilingi oleh runtuhan, dia kelihatan gembira kerana terselamat. Selepas 20 tahun wanita itu meninggal dunia akibat kesan radiasi.

Gambar Pahlawan Samurai tahun 1863

Foto ini dipercayai telah berasal dari tahun 1863. Terdapat beberapa orang pahlawan samurai yang sedang berada dihadapan istana yang terletak di kota Edo . Kelihatan mereka tidak begitu mesra apabila gambar mereka sedang diambil oleh jurugambar dari Barat, kerana mereka sedang bersedia menggengam pedang mereka masing masing. “Ano…. Korewa?!! ”  Muzium Seni dan Teknologi Jepun Manggha Sumber Kredit The Major

Patung paling tajam didunia

Knife Angel  Patung yang berdiri di hadapan Katedral Conventry adalah hasil karya seorang pengukir, Alfie Radley. Uniknya, patung setinggi 8 meter ini dibentuk dari 100 ribu bilah pisau yang dirampas dikumpulkan dari 43 balai polis di Great Britain. Semasa pisau dikumpulkan, Radley membersihkan bekas luka pada bilah dan menjadikan bilahnya lebih tumpul. Ia mengambil masa kira-kira dua tahun untuk menyiapkan […]

Jasa Patrick menyelamatkan ribuan nyawa haiwan liar

Di Kenya terdapat seorang lelaki yang bernama Patrick yang telah menyelamatkan ribuan nyawa haiwan liar mana tidaknya setiap hari beliau telah memandu sebuah truck yang dipenuhi dengan air bagi diberikan kepada haiwan liar. Beliau hanya menggunakan wangnya sendiri. Difahamkan bahawa kebanyakan sungai di sana telah kering dan kurang turunnya hujan kesan daripada pemanasan global.

Gambar yang paling banyak dilihat di dunia

Gambar yang paling banyak dilihat di dunia ialah ‘Bliss’ oleh Charles O’Rear, 1996. Ia dipaparkan sebagai latar belakang Windows XP lalai. “Bliss” diambil pada Januari 1996 semasa Charles memandu kereta melalui Daerah Napa dan Sonoma California, Amerika Syarikat.