Sebelum Sriwijaya di Sememanjung Melayu terutama di bahagian Segenting Kra,Utara dan Pantai timur telah pun wujud sebuah kerajaan purba yang dikenali Langkasuka.
Kerajaan ini mempunyai kebudayaan sama dengan kebudayaan Khmer. Langkasuka berasal mula dari pecahan Kedah Kuno.
Umumya busana yang dipakai adalah kain sarung dengan cara berkemban tanpa baju.Perempuan di kawasan ini juga memakai kain sarung melilit dada dan selendang serta sarung yang melilit bahagian pinggang hingga ke bawah seperti dhoti.
Selepas Langkasuka,orang Melayu Semenanjung mula memasuki fasa imperial dimana kebudayaan Melayu memjadi lebih jelas (pakaian yang seragam) dan meluas iaitu era Empayar Sriwijaya yang beribu kota di Palembang.
Di Semenanjung sebelah negeri Kelantan lama terdapat catatan China yang memceritakan awal abad ke-7,penduduk Kelantan ketika itu sudahpun pandai rnernbuat kain jenis secorak,iaitu sejenis kain yang rnernpunyai satu warna,sama ada rnerah tua atau biru tua dan juga tentang pakaian raja yang memakai mahkota dan kain yang diikat dengan tali pada kurun ke 10.
Asas Pakaian tradisional Kelantan bercirikan kebudayaan Melayu Sriwijaya. 
3 helai kain panjang utama : – 
1. Kain Kelubung/Selendang/Sebai. 
2. Kain Kemban (kain tutup dada-punca potong).
3. Kain Sarong (songket ikat seribu pancung ke bawah). 
Pakaian kelengkapan dan hiasan kemas : – 
A. Pemeleh (mahkota)
B. Bunga Mala,Kemboja dan Campa ikat berjuntai. 
C. Sunting Mala. 
D. Cucuk Sanggul berjurai. 
E. Dokoh. 
F. Pontoh. 
G. Gelang Kaki/Pakat. 
H. Tali pinggang berpending. 
I. Keris Hulu Tajong/ Pekaka/ Contek/Tanduk Kuba Balar. 
J. Gelang tangan/Cerai tujuh. 
K. Cenggai/Canggoi. 
Sumber Rujukan Utama:
1) Abbas Alias & Norwani Md. Nawawi, “Pakaian Melayu Sepanjang Zaman”, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006
2) Siti Zainon Ismail,”Pakaian Cara Melayu”, Kuala Lumpur Universiti Malaya 1991
3) Walter Armstrong Graham,”Kelantan”, The Library of the University of California, Los Angeles, 1908.
4) Muzium Istiadat Diraja Kelantan,Istana Jahar, Kota Bharu
5) Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur.
6) https://en.wikipedia.org/wiki/Kelantanese_Malay_people
7) http://studentsrepo.um.edu.my/2941/6/BAB_3.pdf
 https://purimajapahit.wordpress.com/2010/01/02/
9) https://asianinspirations.com.au/…/traditional-thai…/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *