PADA tahun 2007, Koperal Hafiz Jamalul (gambar di atas) ini bergelut dengan penjenayah yang pecah sebuah gudang. Tengah bergelut, penjenayah itu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan DUA das tembakan ke arah beliau.
Nak tahu apa jadi apa jadi pada Hafiz? Peluru tu masuk dekat paru-paru dan melekat kat tulang belakangnya…Hafiz akhirnya disahkan lumpuh sehingga hari ini!
Hafiz tak pakai Mustang, tak pakai BMW mcm yang makan rasuah tu..kini Hafiz kena pakai kerusi roda sampai akhir hayat.
Tetapi jasa dan mulianya pengorbanan Hafiz hanya Allah yang mampu membalasnya.
Dan percayalah masih ramai insan beruniform di luar sana yang mempunyai semangat dan iltizam yang sama seperti Hafiz..