Pernah terfikir tak kat mana orang zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu berak? Takkan dalam sungai, laut dan semak-samun semata-mata? Atau mereka gali lubang di belakang rumah yang menjadi baja semulajadi kemudian hari?
Kalau ikut catatan Portugis, kita tahu Empayar Melaka ni kota perdagangan paling sibuk. Gaspar Correia mencatat yang ketua keluarga kat Melaka jer dah ada 200,000 orang. Ramai tu. Tak termasuk ahli-ahli keluarga mereka… apatah lagi pedagang asing. Mana tak Tome Pires cakap 84 bahasa asing ditutur kat Melaka?
Tandas dan sistem kumbahan tamadun Mahenjo-Daro sekitar 2000 tahun SM di Sindh, Pakistan

Dengan segala pedagang dari Mesir, Habsyah, Turki, Ryukyu, takkanlah semua dapat korek lubang? Kang mesti sauk ‘pelaburan’ tinggalan lama yang tak sempat terurai. Tu tak kira segala pencemaran sungai dan semak-samun bagai. Kalau ada pencemaran biologi, pasti aka nada penyakit punya. Satu lagi, mustahil orang-orang elit di peringkjat dunia sanggup turun kat tempat-tempat macam tu.
Bayangkan pula, jika Bendahara sedang bermesyuarat dengan Sultan di balairong seri istana yang terletak di atas bukit, tiba-tiba Bendahara sakit perut. Adakah Bendahara akan lari ke sungai atau laut atau menggali lubang di halaman istana sultan?
Maka sudah tentu wujudnya tandas, sistem kumbahan dan loji najis di Kota Melaka zaman Kesultanan Melaka. Loji najis pada zaman itu dipanggil sebagai ‘perlindungan tahi’. Kewujudan tandas dan loji najis ini dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin seperti berikut:-
“Sebermula setelah siang hari maka segala inang pengasuh Tun Teja datang mendapatkan Tun Teja, maka dilihatnya Tun Teja tiada di peraduannya. Maka dicarinya ke tandas, disangkanya buang air, di tandas pun tiada; maka dilihatnya ke pemandian, di pemandian pun tiada”.
“Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke pelindungan tahi, seorang pun tiada hendak menambatkan tali kepada kuda itu, Setelah dilihat oleh Laksamana Hang Tuah orang yang beratus-ratus itu seorang pun tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun segera terjun ke dalam pelindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Maka diudar oranglah ke atas. Setelah kuda itu naik, maka Hang Tuah pun naik; tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai ke kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangir, berbedak.”
Maka ketahuilah, Hang Tuah pernah terjun ke dalam loji najis untuk menyelamatkan seekor kuda. Ini ciri pahlawan Melayu. Jika nyawa haiwan pun penting padanya, apatah lagi nyawa manusia.
Sumber : Hasanudin Yusof (Pengkaji Tamadun Melayu)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *