Operasi Khas Laut : Sekutu Amerika Syarikat tarik diri

Operasi Menjaga Kemakmuran, yang diketuai Amerika Syarikat menerima tamparan hebat, apabila Perancis, Sepanyol, Itali menarik diri daripada pakatan tentera laut bagi menentang Houthi. Terkini, Australia mengumumkan untuk tidak menyertai operasi itu. Menteri Pertahanannya Richard Marles berkata ia hanya akan menghantar 11 pegawai tentera kerana mahu fokus di rantau Pasifik. Turut sama hanya menghantar pegawai ialah Norway, Belanda dan Denmark. Sementara […]

Briged Golani berundur : Tentera Israel mula hidu kekalahan?

  Channel 13 (TV Israel) melaporkan pada 21 Disember 2023, pasukan elit Israel, dikenali sebagai Briged Golani secara rasminya telah berundur dari Gaza selepas 60 hari berjuang. Pengunduran unit elit tentera ini benar-benar menjadi tanda tanya dalam kalangan penganalisis dan ramai yang melihat, pengunduran tentera elit ini adalah petanda awal kekalahan misi tentera penjajah. Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr […]

Syeikh Ismail Ali – Mudir Ketiga Maktab Mahmud

Syeikh Haji Ismail Bin Ali Syeikh Haji Ismail Bin Ali dilahirkan di Parit Buntar, Perak Darul Ridzwan. Beliau menerima pendidikan awal rendah di Parit Buntar sehingga menamatkan pengajian peringkat rendah dan seterusnya melanjutkan pengajian di bidang Agama dan Arab di Madrasah al-Masyhoor, Pulau Pinang sebelum berlepas ke Mesir. Di Mesir, Syeikh Ismail Ali menyambung pengajiannya di Madrasah Fuad al-Awwal al-Ibtidaiyyah […]

Nestle bukan produk Israel tetapi kenapa diboikot?

  Produk Nestle bukan produk Israel, sebaliknya ia milik Switzerland. Umumnya Nestle dianggap syarikat pengeluar makanan terbesar di dunia, termasuk produk Maggi yang kita makan hari-hari. Perkara menjadi isu tentang NestlĂ© ini ialah apabila mereka beli syarikat Osem di Israel. Osem Investment Ltd adalah salah satu syarikat pengeluar dan pengedar makanan terbesar di Israel. Apabila Nestle beli Osem Ltd, maka […]

Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Muhammad Yasin

Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Muhammad Yasin Beliau mendapat pendidikan awal di beberapa buah pondok sekitar tanah air di antaranya di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan. Dikatakan bahawa beliau merupakan pelajar lapisan pertama di sini. Kemudian beliau juga pernah belajar di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang sekitar tahun 1920an dan seterusnya menyambung ke Universiti al-Azhar, Mesir lalu berjaya mendapat ijazah sarjana […]

Lapan (8) fakta Gunung Vesuvius

Gunung Vesuvius adalah gunung berapi yang terkenal dengan letusannya yang memusnahkan bandar Rom purba Pompeii pada 79 Masihi.  1. Lokasi: Gunung Vesuvius terletak di Teluk Naples di Itali, berhampiran dengan bandar Naples. Ini adalah salah satu gunung berapi yang paling terkenal di dunia. 2. Puncak Gunung: Puncak Vesuvius kini dikenali sebagai “Grand Cone”, sebuah kubah dengan kawah di bahagian atas. […]

Hussein al-Sheikh : Pemuka PLO kegemaran Israel dan Amerika Syarikat

Hussein al-Sheikh (kiri) bersama Mahmood Abbas Hussein al-Sheikh, 63 tahun, berasal dari Ramallah, West Bank merupakan salah seorang pemimpin kanan Fatah. Beliau kini merupakan Setiausaha Agong PLO dan disebut-sebut sebagai bakal pengganti Mahmood Abas (85 tahun) sebagai Presiden Palestin yang baharu. Beliau merupakan pemimpin PLO yang pertama mengecam Hamas dan al-Qassam kerana memulakan serangan ke atas Israel pada 7 Okt […]

Tuan Guru Haji Mohamed Salleh Bin Lebai Awang

Tuan Guru Haji Mohamed Salleh Bin Lebai Awang Tuan Guru Haji Mohamed Salleh Bin Lebai Awang dilahirkan pada tahun 1880 di Simpang Empat Junjung, Seberang Perai, Pulau Pinang. Pendidik awalnya bermula di Selolah Melayu dan kemudian ke Pondok Simpang Empat Junjung, Seberang Perai, Pulau Pinang pada tahun 1894. Beliau telah berumah tangga dengan Hajah Halijah Binti Mat Taha dan dikurniakan […]

Ayam Cemani sukar dibiakkan

Pernah nampak ayam berwarna serba hitam? Ayam cemani cukup unik dengan paruh, balung, kaki dan bulunya yang berwarna hitam. Sebenarnya, kejadian ayam yang berasal dari Indonesia ini sebegitu kerana ia memiliki gen dominan yang menyebabkan hiperpigmentasi. Dalam sesetengah kepercayaan, memakan daging ayam cemani dikatakan mampu menyembuhkan semua jenis penyakit kerana dagingnya menyimpan khasiat yang istimewa. Ayam cemani dijual sekitar harga […]