Pada tahun 1838, Abdullah Munsyi telah tiba di Terengganu..
Menurutnya, rumah penduduk di Terengganu penuh dengan sabut kelapa kerana akan dibakar pada waktu malam untuk menghalau nyamuk. 
Seterusnya beliau juga telah melihat gajah milik Sultan 5-6 ekor yang ditambat dengan dirantai kakinya. 
Istana sultan pula diperbuat daripada batu selebar 30 kaki dan berbentuk seperti rumah cina.. Di temboknya pula penuh dengan lumut dan bekas ludahan air sireh… 
Orang paling kaya ialah Ah Ceng Koh yang kemudiannya telah memeluk Islam dan memakai nama Saleh. Hartanya lebih 30 laksa ringgit ( >RM300,000 ). 
Di Terengganu ada banyak limau. Dekat sesebuah rumah ada 5-6 jenis limau yg berbeza.. Harga limau penawar 200 biji seringgit.. Harga kambing pula seekor seringgit namun orang Terengganu tidak suka makan daging tetapi suka makan ikan dan benda busuk seperti tempoyak, pekasam, petai dan sebagainya.

1 thought on “Apabila Abdullah Munsyi tiba di Terengganu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *