Anugerah tertinggi yang pernah diterima oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad ketika hayatnya di peringkat Persekutuan ialah Bintang Kebesaran Ahli Mangku Negara (A.M.N.) di Istana Negara pada 5 Jun 1990 yang dianugerahkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Pada Hari yang sama juga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P. S. M.) yang membawa gelaran Tan Sri dan diwakili oleh anaknya Allahyarham Nasir P. Ramlee. 
Ramai penggiat seni (Habsah Hassan, Manan Ngah, Fauziah Nawi dan Sheila Majid) termasuk Seniman dan Seniwati Veteran (Jins Shamsuddin, Aziz Sattar, Neng Yatimah, Rosnani Jamil, Normadiah, Kasma Booty dan Saadiah) turut menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada hari yang sama.

Allahyarham Sudirman turut mengabadikan kenangan hari bersejarah tersebut dalam bentuk lukisan karikatur.

“Bukan Gelaran Jadi Ukuran, Tapi Bakti Yang Disumbangkan”.
Kredit : Mohd Azhar Md Isa (Koleksi Lukisan Karikatur Sudirman)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *