Andrey Vlasov merupakan jeneral kegemaran Joseph Stalin kerana berjaya menyelamatkan Moscow dalam peperangan pada tahun 1941-1942. Dia juga terlibat dalam Perang Leningrad yang kini dikenali sebagai Saint Petersburg.
Tidak lama kemudian, tentera Jerman berjaya menangkap Vlasov dan meyakinkannya untuk membelot kepada Kesatuan Soviet. Jerman juga membenarkan Vlasov membina tenteranya sendiri bagi membebaskan Rusia dan menggulingkan rejim Stalin.
Vlasov menubuhkan Tentera Pembebasan Rusia dan mula merekrut tentera Rusia yang ditawan pihak Jerman. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, seramai 50,000 tentera Vlasov menentang rakyat mereka sendiri.Kebanyakan Tentera Pembebasan Rusia menyerah kalah apabila Amerika mula mara ke Czechoslovakia dan selebihnya ditahan tentera Kesatuan Soviet. Vlasov telah ditahan pada May 1945 dan dihukum bunuh pada 1 Ogos 1946 kerana membelot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *