Antara P.Ramlee dengan Yusof B terjalin satu hubungan yang sangat akrab. P.Ramlee menganggap Yusof B sebagai gurunya dalam bidang muzik. 
Ketika di Jalan Ampas, jika berlaku sesuatu perkara yang membabitkan P.Ramlee dengan pelakon lain dan pekerja studio, Yusof B akan menyebelahi dan mempertahankan P.Ramlee. Yusof B atau nama sebenarmya Yusof Blugok merupakan pemuzik, penggubah lagu senior dan berpengalaman serta berpengaruh di Jalan Ampas. Yusof B sangat menyayangi P.Ramlee kerana menjadi pendorong kepada kelansungan warisan muzik yang dibawa olehnya apabila menubuhkan kumpulan Pancha Sitara. 
Yusof B
Dalam satu pertunjukkan pentas di Kluang, Johor, dalam tahun 1962, P.Ramlee membuat pengakuan kepada penonton bahawa Yusof B adalah guru muziknya dan telah banyak berjasa kepadanya. 

Manakala Yusof B yang ketika itu sedang berdiri di sebelah P.Ramlee bersama saxophonenya, dengan ikhlas pula menyatakan, “memang Ramlee pernah menjadi anak murid saya, tetapi sekarang saya pula banyak belajar dengan dia”. 

Mendengar kata-kata dari Yusof B itu telah membuatkan P.Ramlee sebak dan menitiskan air mata lalu memeluk Yusof B di atas pentas membuatkan semua para hadirin memberi tepukan gemuruh.

P Ramlee bersama Yusof B (kanan)

Teks : HAR
Sumber :
Insan Pesona Seni – Aimi Jarr
Kenangan Abadi P.Ramlee – Ramli Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *